May 25th, 2016

Artis sekarang semuanya mahu cuba dalam bidang perniagaan. Lebih-lebih lagi kalau yang sudah berhijab pasti mereka akan keluarkan jenama tudung mereka sendiri.

Antara artis yang mengeluarkan jenama tudung sendiri adalah Uqasha Senrose dimana pada bulan September tahun lalu beliau telah melancarkan jenama Uqasha Senrose Collection.

Namun, dalam berniaga tidak semua yang berjaya. Terbaru, Uqasha memberitahu perniagaan beliau itu sudah melingkup kerana ditipu oleh rakan kongsinya.

Jelas Uqasha, rakan kongsinya itu tidak memberikan keuntungan sama rata dan hanya menggunakan nama Uqasha untuk menjual tudung.

Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.

Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan.

Tambah Uqasha, sepanjang sembilan bulan bekerjasama dengan individu terbabit, Uqasha hanya menerima pulangan sebanyak RM5000 sahaja.

Bukan itu sahaja, Uqasha mendapat tahu segala penipuan yang berlaku apabila beliau melihat namanya tidak disenaraikan sebagai rakan kongsi didalam salinan pendaftaran syarikat.

Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami. Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya.

Walaubagaimanapun, Uqasha tidak berputus asa dan bakal mengeluarkan jenama baharu tidak lama lagi. Kali ini beliau mahu bergerak secara sendiri tanpa rakan kongsi.

Dalam berniaga ini, kita tidak boleh percaya dengan seseorang seratus peratus. Bila bab melibatkan duit, ia boleh mengubah manusia.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...