Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanya Buat Persiapan Selepas Kandungan 7 Bulan, Siti Nurhaliza Pening Terpaksa Beli Barang Baru, -“Aafiyah Dulu Semua Warna Pink!”

Setelah mengumumkan berita gembira bahawa dirinya hamil anak kedua, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendedahkan bahawa dia akan menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada April tahun hadapan.

Penyanyi tersohor negara itu yang ditemui media baru-baru ini mengakui bahawa dia dan keluarga masih belum membuat sebarang persiapan dari segi kelengkapan bayi untuk anak keduanya itu.

Ini berikutan barang-barang anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah tidak boleh digunakan kembali kerana memiliki ciri-ciri perempuan seperti warna merah jambu dan sebagainya.

Advertisement

Tambah Siti lagi, dia akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu khas untuk bayi yang bakal lahir ini kelak dan hanya akan membuat persiapan tersebut apabila kandungannya mencecah usia tujuh bulan.

“Persiapan kalau soal barang-barang baby..masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy sebab  Aafiyah punya barang semua warna pink. Jadi, rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu,saya akan persiapkan semuanya.”

Dalam pada itu, Siti turut mengakui bahawa dia berasa agak gementar untuk melahirkan bayi keduanya ini meskipun pernah mengalami pengalaman tersebut ketika melahirkan Siti Aafiyah dahulu.

Menganggap pengalaman mengandungkan setiap anak itu berbeza, Siti berharap agar netizen terutamanya peminat setianya agar mendoakan supaya dia sentiasa sihat dan kuat agar dapat melalui proses bersalin dengan baik.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top