Terlerai hanya setelah dua minggu mendirikan rumah tangga, rumah tangga yang dibina bekas pengkid dan bekas maknyah yang menjadi tular sebelum ini dilaporkan sudah menemui titik noktah.
Ditemui Harian Metro, Danny, 40, yang merupakan pemilik salon memaklumkan dia sudah bercerai dengan isteri, Nur Azera Fatehah Abdullah,22, setelah dua minggu bernikah.
Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja.
Desas-desus perceraian itu khabarnya mula dihidu netizen apabila video perkahwinan mereka juga turut dipadam Danny sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Menurut Danny, lafaz talak terhadap bekas isteri dibuat menerusi Whatsapp pada 30 Julai lalu jam 4.04 petang dan dilakukan tanpa pengetahuan keluarga.
Saya tak boleh kongsikan punca perpisahan secara terperinci tetapi apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian antara kami.
View this post on Instagram
Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia untuk menceritakan hal sebenar.
Ujarnya lagi, dia berasa sedih namun reda dengan ketentuan takdir selain menyangkal dakwaan netizen yang menganggap perkahwinan mereka hanyalah sekadar ‘content’ media sosial semata-mata.
Tambah Danny, sepanjang bergelar suami, dia dapat merasai pengalaman menjadi seorang suami dan merasai nikmat hidup berkeluarga meskipun hanya sementara.
View this post on Instagram
Terdahulu, media tempatan melaporkan kisah perkahwinan unik antara Danny dan Azera di mana kedua-duanya hanya berkenalan selama 5 hari sebelum sepakat untuk berkahwin.
Danny sebelum ini dikenali sebagai seorang yang berkelakuan lembut manakala Azera pula seorang pengkid.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.