Gara-gara trauma dengan kehidupan lampaunya yang penuh duka, pelakon remaja Puteri Balqis dan ibu, Norashikin Mohd Aziz telah disahkan mengalami gangguan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD).
Baru-baru ini juga, pelakon itu ada memuat naik foto sejumlah ubat yang dipegangnya setelah berjumpa dengan pakar psikiatri.
Cerita Puteri Balqis, ubat itu hanya membantunya hidup seperti biasa dalam tempoh 8 jam namun selepas itu, dia akan kembali berasa sedih dan tertekan.
Jelasnya lagi, dia sering terjaga daripada tidur ketika waktu malam dan sukar untuk melupakan kisah silam.
Malah, ubat yang diperlukannya itu juga sangat mahal dan membuatkan dia berasa lebih tertekan memikirkan soal duit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.