Hanya Bermodalkan RM11 Sahaja Anda Boleh Buat Sendiri ‘Hand Sanitizer’ Dengan Dua Bahan Ini

COVID-19

Hanya Bermodalkan RM11 Sahaja Anda Boleh Buat Sendiri ‘Hand Sanitizer’ Dengan Dua Bahan Ini

Masyarakat Malaysia khususnya sudah semakin peka dengan langkah pencegahan penularan wabak COVID-19. Peningkatan kes individu yang dijangkiti virus ini menyebabkan semua masyarakat mengambil tindakan menjaga kesihatan dan kebersihan di tahap yang maksimum.

Ketika ini, masyarakat sudah mulai sedar tentang kepentingan mencuci tangan dengan sabun atau mneggunakan cecair pembasmi kuman. Namun, ada sesetengah pihak yang menyebabkan keadaan menjadi panik akibat mempercayai membaca berita palsu yang diuar-uarkan di media sosial. Hingga menyebabkan produk cecair pembersih tangan atau hand sanitizer sentiasa kehabisan stok.

Advertisement

Baca: Dek Penyebaran Info Palsu, Dr Amalina Dedah Kepentingan ‘Hand Sanitizer’ Untuk Lawan COVID-19 

Menerusi penerangan doktor bertauliah, hand sanitizer bukanlah alasan untuk tidak membasuh tangan tetapi sebagai alternatif untuk membersihkan tangan sekiranya tiada tempat untuk membasuh tangan dengan air.

Setiap kali pergi ke farmasi atau mana-mana kedai yang menjual hand sanitizer pastinya sudah tiada dan habis serta untuk menunggu stok baru pastinya mengambil masa beberapa hari. Mungkin ada cara yang lebih baik dengan membuat sendiri hand sanitizer dan pastinya harganya jauh lebih jimat jika membeli sebotol hand sanitizer yang berkemungkinan berharga RM10 atau lebih.

Perkongsian oleh Ir Abdul Rahman Bahasa telah membolehkan anda untuk mengetahui langkah yang mudah untuk menghasilkan hand sanitizer anda dengan hanya menggunakan 2 bahan, Dettol dan sterile water. Kedua-dua bahan ini boleh didapati di kesemua farmasi. Bahan tersebut juga telah disyorkan oleh ahli farmasi sendiri untuk membuat homemade hand sanitizer.

bahan membuat hand sanitizer

Cara Membuat 

Campurkan 20% Dettol dan 80% sterile water ke dalam bekas yang bersih. Bahan yang telah dicampur akan menghasilkan 100ml hand sanitizer. Jika ingin menghasilkan 50ml sahaja hand sanitizer guna sukatan 10% Dettol dan 40% sterile water. Untuk memudahkan kita menyukat isi padu setiap cecair, gunakan picagari. Cecair yang sudah dicampur boleh diletakkan di dalam botol spray supaya senang di bawa ke mana-mana.

Peringatan

Ahli farmasi menyarankan formula kandungan hand sanitizer ini sesuai digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas. Bimbang terdapat sebarang iritasi terhadap kulit kanak-kanak bawah 10 tahun kerana kandungan Dettol mampu memberi kesan yang agak kuat.

Berapa anda jimat 

Ayuh kira jumlah penjimatan yang akan anda dapat dengan membuat sendiri hand sanitizer. Jumlah harga yang ditunjukkan, anda mampu menghasilkan 5 botol hand sanitizer.

500ml sterile water – RM6.90

50ml Dettol – RM4.80

Jumlah: RM11.70

Dengan RM11.70 anda sebenarnya mampu berjimat dengan lebih banyak berbanding dengan membeli 5 botol hand sanitizer yang dijual di pasaran. Kesemua harga tersebut boleh mencecah RM50. Nampak tak berapa berapa banyak anda mampu jimat?

Selamat mencuba!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...