Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

Hiburan

Hanya Beri Isyarat ‘Allah Yang Satu’, Syamsul Yusof Kunci Mulut Kes Enggan Cerai Puteri Sarah

Sebelum ini, media melaporkan pengarah Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika prosiding sebutan pertama kes di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pengarah filem Mat Kilau itu tidak memberi sebarang kenyataan selepas keluar dari dewan mahkamah.

Advertisement

Malah, Syamsul hanya memberi isyarat ‘Allah yang satu’ dan tetap mengunci mulut walaupun diasak dengan pertanyaan daripada pihak media.

Dalam pada itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Roshdan Sujak Rafie memaklumkan sebutan pertama kes perceraian tidak menemui jalan persetujuan.

Jadi pada hari ini, mahkamah dah tubuhkan satu Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan diwakili oleh wakil kedua pihak.

Menurutnya lagi, pada sesi prosiding yang akan datang iaitu pada 10 April akan ada sesi laporan daripada Jawatankuasa Pendamai (JKP).

@ohbulanofficial

Syamsul Yusof enggan memberi apa-apa statement uall. #ohbulan #viral #fyp #sembangentertainment #syamsulyusof #enggan #beri #statement

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Info tambahan, permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Tak Nak Lepaskan Saya, Just Let Me Go Mohd Syamsul!" - Puteri Sarah Liyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...