Hanya Beri 2 Markah Kerana Nyanyian Sumbang, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen Di Big Stage 2020

Hiburan

Hanya Beri 2 Markah Kerana Nyanyian Sumbang, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen Di Big Stage 2020

Menegaskan sepatutnya bintang Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang ketika konsert pertama Big Stage (BS2020)  2020, juri tetap BS2020, Ajai mengakui dirinya hanya melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi.

https://twitter.com/RosdiAdly/status/1295046949414944768

Advertisement

“Sepatutnya saya nak beri markah 0 kerana pada saya itu sudah melihatkan ABRSM, satu ujian pendengaran muzik. Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan gagal semuanya.”

Menurutnya permarkahan tersebut bukanlah untuk menjatuhkannya, malah dilihat sebagai pemangkin semangat untuk penyanyi tersebut melakukan yang lebih baik untuk minggu akan datang.

Hanya Beri 2 Markah Kerana Nyanyian Sumbang, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen Di Big Stage 2020

“Jadi, too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero?”

Menurutnya, beliau seakan tidak kisah andai netizen akan membencinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta.

“Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli.”

Bagaimanapun, komen pedas komposer terkenal itu mula trending di Twitter gara-gara dilihat bersikap keterlaluan kerana memberi 2 markah daripada 100 kepada peserta yang juga seorang doktor itu.

Hanya Beri 2 Markah Kerana Nyanyian Sumbang, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen Di Big Stage 2020

“Awak nyanyi saya tak perlu bagi apa-apa points, I’m sorry for that. Sebab dari mula sampai akhir, sumbang! Awak salah rumah. Saya nak tanya peribadi, awak tahu tak yang awak sumbang?

Meskipun disimbah dengan komen seperti itu, namun Hafiz disahkan terselamat berikutan tiada sebarang penyingkiran pada minggu pertama program tersebut.

Hanya Beri 2 Markah Kerana Nyanyian Sumbang, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen Di Big Stage 2020

Menjengah ke laman sosial Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Ajai sehingga wujud netizen yang tampil membuat petisyen kerana mahu Ajai disingkirkan daripada BS2020.

Untuk rekod, Program BS2020 merupakan sebuah program pertandingan nyanyian berbentuk realiti terbaru yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan  “Budak Budak Baru Nak Up” (BBNU). Selain Hafiz, 11 lagi peserta lain seperti Azzam Sham, Qody Rani, Usop, Yamani Abdillah, Fadh Majid, Dinie Rashid, Amir Hasan, Nanasheme, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Sandra Dianne berentap dalam musim kali ini.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...