Hanya Berhabis RM450, Percutian 4H3M Gadis Ini Dan Kawan-Kawan Ke Hatyai Buat Ramai Teruja Nak ‘Travel’

Travel

Hanya Berhabis RM450, Percutian 4H3M Gadis Ini Dan Kawan-Kawan Ke Hatyai Buat Ramai Teruja Nak ‘Travel’

Makin ramai yang bercuti ke luar negara dan Thailand sememangnya menjadi antara destinasi percutian pilihan ramai rakyat Malaysia kerana ia sangat murah.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan orang Malaysia adalah Hatyai memandangkan ia mempunyai banyak pilihan pengangkutan.

Advertisement

Kalau mahu Hatyai, kita boleh memilih untuk menaiki bas, kereta api, kapal terbang atau jika nak lebih adventure, cubalah memandu sendiri ke sana.

 

RM450 – all included

Hantaran seorang wanita di Twitter baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang pengalamannya bercuti ke Hatyai dan hanya berhabis sebanyak RM450.

Jelasnya, harga itu termasuklah pengangkutan, penginapan, makanan, aktiviti dan membeli-belah ole-ole di Hatyai dan mereka check in di Manonta Budget Hotel.

 

Pengangkutan

Dia dan rakan-rakannya menaiki ETS yang mempunyai kafe, tandas dan surau di dalamnya. Pastikan anda tengok kiblat sebelum solat dan paling best sekali, setiap kerusi penumpang dilengkapi dengan charging port.

Ketika di Thailand, mereka menggunakan servis tuktuk, Grab dan sewa motor.

 

Ini adalah antara perbelanjaannya, tidak termasuk makan, hotel dan ole-ole:

  • RM160 – Tiket ETS pergi dan balik (Malaysia – Thailand – Malaysia)
  • RM70 – Bayar Tuktuk atau Grab untuk ke lokasi sewa motor di Hatyai Bus Terminal selama 2 hari
  • RM20 – Deposit sewa motor (jika isi minyak penuh ketika pulangkan motor, RM20 akan diberi semula)

Makan

  • Dimsum Chabura (dibuka 8 pagi hingga 2 malam)
  • Floating Market
  • Lee Garden Street Foods
  • The Bay Cafe
  • KH BBQ Steamboat

 

Aktiviti

  • Chan Puak Camp
  • Masjid Songkla
  • Samila Beach
  • Wat Hat Yai Nai

 

Perbelanjaan lain

  • Manicure pedicure – RM20
  • Urut badan – RM45

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

keretapi ke hatyai
6 bulan lalu

Tak Sabar Nak Makan 'Thai Food'? Kereta Api Dari Padang Besar Ke Hatyai Kini Dibuka!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini