Hanya Bergurau Tapi Dah Terima 300 Biji Tempahan, Datin Alyah Kini Berniaga Kuih Muih Di Instagram

Hiburan

Hanya Bergurau Tapi Dah Terima 300 Biji Tempahan, Datin Alyah Kini Berniaga Kuih Muih Di Instagram

Penyanyi terkenal, Datin Alyah memberitahu bahawa dia tidak menjangka ramai peminat telah menempah kuih muih setelah dia menghasilkan karipap mentah ketika membuat sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) santai bersama peminat.

Datin AlyahSumber : Instagram Datin Alyah  

Alyah,40, berkata bahawa idea untuk menjual karipap itu muncul ketika dia merasa untuk menjamah kuih tersebut ketika minum petang. Sambil bermesra bersama peminat di Instagram, Alyah meluahkan hasrat untuk menjual dan memberi pesanan kepada peminat jika ada yang ‘teringin’ boleh tampil untuk membuat tempahan.

Advertisement

Tidak menjangkakan gurauan tersebut menjadi titik tolak untuk dia mula menjual kuih karipap ini, Datin Alyah berkata sehingga kini sudah lebih 300 biji tempahan telah diterimanya.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Penyanyi lagu Meluruh ini juga menganggap respon peminat serta pengikut media sosialnya itu sebagai sesuatu yang positif dan turut menjadi punca pendapatan buat dirinya dan keluarga dalam menghadapi fasa pandemik yang dialami negara pada ketika ini.

“Memang terkejut, tapi saya kira ini juga satu punca rezeki untuk tambah pendapatan dalam fasa pandemik ketika ini. Saya terima tempahan selama beberapa hari dan alhamdullilah, sambutan yang diterima cukup positif.”

Tambah Alyah lagi, dia juga menghasilkan sendiri karipap yang ditempah pelanggan. Malah, keluarganya yang kini menetap di Johor ada membuka kedai serta mengambil tempahan kuih muih, lauk pauk dan sebagainya.

IG Story Alyah

Meluahkan rasa kesyukuran kerana menerima pelbagai respon yang baik, Alyah juga memberitahu bahawa suaminya, Datuk Ramli MS menyokong sepenuhnya segala usaha yang dilakukannya.

“Malah, dia ada rasa dan menilai serta bagi input yang perlu ditambah baik. Tapi apabila jalankan bisnes ini, ia tidaklah bermaksud saya nak hadkan kerjaya. Memandangkan situasi negara ketika ini, rasanya lebih baik untuk kita cuba cari hobi lain juga.”

Manakala perkembangan terkini Datin Alyah, dia kini sedang dalam proses merakamkan lagu terbaru berjudul Thank You Allah yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...