Sesiapa saja yang mengikuti perkembangan pelakon Azhan Rani di media sosial pasti sedia maklum bahawa pelakon ini gemar bergurau senda dengan para pengikutnya.
Namun, tindakan Azhan yang memuat naik sebuah hantaran yang kononnya dirinya diburu pihak bank kerana gagal membayar hutang membawa padah apabila blog-blog berita telah menggunakan entri media sosialnya sebagai berita dan telah menimbulkan salah faham.
Ujar Azhan,45, dia kini rungsing dan ‘sakit kepala’ memikirkan akibat yang bakal ditanggung di masa hadapan, melibatkan soal kepercayaan dan sebagainya.
Dia yang ditemui media berkata, tindakan sesetengah blog hiburan menggunakan tajuk yang menyimpang dari maksud asal yang pada mulanya hanya untuk tujuan gurauan semata-mata.
View this post on Instagram
“Dalam posting itu saya cuma bergurau. Saya tidak tahu pula mereka (blog) akan gunakan tajuk yang jauh menyimpang seolah-olah nak cakap saya dikejar pihak bank sebab tak bayar hutang. Ini tidak, mereka buat tajuk macam itu, nanti kalau di masa akan datang saya nak buat loan, mungkin akan hadapi masalah kerana artikel begitu.”
Terdahulu, pelakon drama rantaian Nur ini telah memuat naik sebuah entri bernada gurauan yang mengatakan dirinya telah dihubungi pihak bank kerana terlambat melunaskan komitmen bulanan. Ini berikutan kerana dia tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat bekerja susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
View this post on Instagram
Namun jelas Azhan lagi, dia hanyalah bergurau dan apabila muncul tajuk-tajuk berita seperti itu, dia merasakan seolah-olah teruk benar kehidupannya ketika ini.
Perkembangan lain, Azhan kini sedang berada di Hulu Langat kerana komitmen kerjanya iaitu untuk menjayakan penggambaran drama bersiri Kiblat Yang Hilang terbitan Awesome TV. Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut adalah Sweet Qismina, Laila Nasir, Kartina Aziz dan Neera Aziz.