Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanya Belajar Alif Ba Ta Di Penjara, Ameng Spring Kongsi Pengalaman Bergelar Banduan

Ameng Spring

Penyanyi kumpulan rock lagenda, Ameng tampil berkongsikan pengalaman sepanjang bergelar tahanan penjara suatu ketika dahulu.

Ameng yang dipenjara kerana kesalahan penyalahgunaan dadah berkata, dia tidak pernah langsung tahu membaca Al-Quran dan hanya belajar dari awal ketika berada di penjara.

Advertisement

Akuinya lagi, dia mengenali kalimah-kalimah Allah itu dengan belajar muqaddam yang ditulis semula dalam huruf rumi pada ketika itu.

Advertisement

“Saya buta Al-Quran. Saya orang Terengganu, tapi jiwa Amerika. masuk dalam (penjara) baru nak belajar alif, ba, ta. Dalam penjara tak ada muqaddam yang ditulis dalam rumi. Jadi untuk belajar, saya tulis semula dalam rumi. Saya mulakan dari awal.”

Perkongsian bermakna itu diceritakan Ameng dalam sebuah panggilan video bersama-sama pelakon Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.

Ameng dalam pada itu turut berkongsi mengenai makanan yang disediakan di dalam penjara di yang khabarnya sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

“Dalam penjara, bukan makanan teruk tapi cuma tak ada pilihan sebab makanan sama. Tapi makanan itu berkhasiat. Contohnya ikan dan sayur. Semuanya terpilih. Kebanyakannya berprotein. Minuman tak ada gula, makanan pula direbus..” kongsinya lagi.

Dia dalam pada itu turut mengajak Datuk Rosyam Nor untuk bekerjasama dan membuat lawatan ke penjara serta mengadakan aktiviti seni untuk perkongsian ilmu bersama banduan.

Terdahulu, Ameng telah dijatuhi hukuman lapan tahun penjara serta 10 sebabtan oleh Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan penyalahgunaan dadah pada 12 April 2011 yang lalu.

Hukuman tersebut walau bagaimanapun dipendekkan kerana berkelakuan baik dan cemerlang dan telah dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor pada 14 Jun 2016.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Tecit

    July 24, 2021 at 10:25 pm

    Boleh sihat dok dlm penjara ye mkn mknan sihat2 je. Rebus2. Tp patot kene ade ustaz la kot utk ajar. Mgkin masuk penjara berjadual ke camne. Klu tgk crite negara lain siap ade priest lg dlm penjara. Tp penjara malaysia xtau mgkin sbb sy xterdedah. Klu slh maafkan sy.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top