Hanya Bawa Petai Dan Hantar Adik Angkat, Tauke Jambu Bersara Dari Dunia Hiburan

Hiburan

Hanya Bawa Petai Dan Hantar Adik Angkat, Tauke Jambu Bersara Dari Dunia Hiburan

Susulan daripada tohmahan yang diterima Tauke Jambu berkenaan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks, pelawak itu khabarnya telah membuat keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan.

Tauke Jambu
3 years ago

"Kepada Yang Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan.." - Tauke Jambu

Advertisement

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria,45, dia berdepan dengan pelbagai cemuhan serta tohmahan sejak ditahan polis untuk membantu siasatan bagi kes tersebut.

Tauke JambuSumber : Google  

Dia yang dihubungi sebuah media memaklumkan bahawa dia kini nekad untuk meninggalkan industri seni terutamanya bidang lawak.

Akibat peristiwa ini saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan. Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain..saya rasa cukuplah setakat ini.

Pada awal bulan ini, Tauke tampil mengaku bahawa dia adalah individu yang ditahan pihak berkuasa di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 1 Ogos lalu bagi tujuan membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan telah menjadi bapa ayam atau terbabit dalam aktiviti tidak bermoral tersebut.

Tauke JambuSumber : Google  

Ujarnya lagi, dia pada ketika sedang menghantar kenalan yang merupakan adik angkat perempuannya turut menolak tuduhan bahawa dia turut membawa peralatan seks tetapi hanyalah buah rambutan dan petai yang dibeli di kawasan berdekatan untuk dibawa pulang kepada isteri di Kuala Lumpur.

Masa itu pihak polis tengah buat pemeriksaan fasal isu sindiket itu. Jadi masa dan tempat yang salah saya lalu kawasan pemeriksaan itu, polis periksa la. Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan la adik angkat saya jadi mangsa.

Terdahulu, pihak polis melaporkan bahawa seorang pelawak terkenal berusia 40-an telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Antara nama yang disebut terlibat dalam kes tersebut adalah Tauke Jambu setelah tularnya salinan laporan polis yang mengaitkan nama pelawak tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...