Hanya Bawa Berkenalan Dengan Ibu, Belum Rancang Bertunang – Zahirah Macwilson

Hiburan

Hanya Bawa Berkenalan Dengan Ibu, Belum Rancang Bertunang – Zahirah Macwilson

Sedang hangat dilamun cinta, pelakon Zahirah Macwilson sebelum ini seakan memberikan bayangan bakal bertunang dengan Aiman Hakim Ridza tidak lama lagi sekiranya mendapatkan restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Advertisement

Baru-baru ini juga, Aiman sudah dapat berjumpa dengan ibu Zahirah, mula timbul khabar angin mengatakan mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Zahirah menjelaskan mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing dan belum ada sebarang perancangan ke arah pertunangan dibincangkan dalam pertemuan antara ibunya dan Aiman.

Pertemuan Aiman bersama ibu saya hanya untuk mengenali antara satu sama lain. Tiada apa-apa yang dibincangkan sebaliknya sekadar berkenalan. Belum ada apa-apa perkhabaran ke arah itu (bertunang). Semua okay. Aiman tak kekok ketika berbual dengan ibu saya.

Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua. Ibu Zahirah juga menerusi akaun Instagramnya seakan sudah merestui hubungan cinta pasangan ini apatah lagi melihat anak perempuannya itu cukup bahagia disamping Aiman. Doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...