Hanya Ayam Dan Sambal, Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal? Ini Sebabnya….

Makanan

Hanya Ayam Dan Sambal, Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal? Ini Sebabnya….

Nasi Ayam Gepuk merupakan antara perniagaan makanan yang sering mendapat sambutan hangat dan penuh dengan kehadiran pelanggan di Malaysia.

Hidangan yang berasal dari Indonesia ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana keunikannya yang seiring dengan cita rasa tempatan dan trend makanan masa kini.

Advertisement

ayam gepuk

Di Indonesia, Nasi Ayam Gepuk dikenali sebagai makanan bajet berharga sekitar RM3 hingga RM6. Namun, di Malaysia harganya bermula dari RM10, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen tentang kenaikan harga tersebut.

harga ayam gepuk mengapa mahal

Sebilangan netizen tampil menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan harga Nasi Ayam Gepuk menjadi lebih mahal di Malaysia.

Ada yang menyatakan bahawa proses penyediaannya yang rumit serta bahan-bahan tertentu menyebabkan kos meningkat.

Cara masak dia renyah, kena rebus dulu, selepas itu goreng pula. Rempah pun macam-macam. Kobis hangus lama kena goreng, cili api pula kne import dari Indonesia.

Selain itu, penggunaan bahan premium seperti kacang gajus turut menyumbang kepada kenaikan harga.

Kalau yang guna kacang gajus, memang patut mahal. Dah try buat sendiri. Beli kacang gajus RM10. Bila lenyek-lenyek buat sambal dapat sikit saja.

Seorang lelaki turut berkongsi pengalaman isterinya yang pernah menjual Nasi Ayam Gepuk dan mengesahkan bahawa kos untuk menghasilkan sambalnya agak tinggi.

ayam gepukSumber : Sumber Gambar : Keluarga  

Isteri saya dulu meniaga Nasi Ayam Gepuk. Jawapan dia sebab cili dengan kacang gajus sangat mahal. Memang resepi asal dia ada kacang gajus. Dia akan kisar sekali dengan cili padi sampai jadi sambal.

Biasa kalau sambalnya pedas, sebab jumlah gajus sikit saja guna. Tapi kalau tak pedas, lagi banyak gajus digunakan untuk neutralkan rasa pedas cili.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

23 hours ago

Lelaki Terkejut Tengok 'Portion' Brokoli Berharga RM26 Dipesan Di TRX 'Mall' - "Mungkin Saya Yang Terlalu Miskin..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...