Hanya Artis Di Bawah Seniman Sahaja Boleh Bekerja – Zed Zaidi

Hiburan

Hanya Artis Di Bawah Seniman Sahaja Boleh Bekerja – Zed Zaidi

Wow. Abang Nara terkejut apabila membaca Utusan Malaysia baru-baru ini. Rupa-rupanya Zed Zaidi pernah ditawarkan untuk bertanding sebagai wakil rakyat. Namun Zed Zaidi menolaknya kerana belum bersedia. Fokus Zed Zaidi kini ialah Seniman.

zed zaidi

Advertisement

Nampaknya kewibawaan Zed Zaidi sudah mula mencuri tumpuan politikus-politikus Malaysia. Dan pastinya kewibawaan tersebut akan bertambah apabila Zed Zaidi apabila peraturan hanya artis di bawah Seniman boleh bekerja di Malaysia dilaksanakan.

Kami akan bagi amaran terlebih dahulu kepada semua artis, daftar dulu di bawah Seniman, tidak kisahlah sama ada artis dari luar ataupun dalam negara sendiri. Kalau degil juga, kami akan buat serbuan mengejut. Mana-mana artis atau produksi yang tidak berdaftar di bawah Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Seniman ataupun Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), kami akan hentikan penggambaran mereka. Untuk melaksanakan perkara ini, Seniman akan bekerjasama dengan stesen televisyen, imigresen, tentera dan pelbagai lagi badan bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan tegas.

zed

Fuh ~~ Abang Nara tak tahu nak cakap apa sebab tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Kalau artis luar negara diwajibkan berdaftar dengan Seniman sebelum bekerja di Malaysia, itu memang Abang Nara sokong. Namun kalau artis Malaysia sendiri kena buat macam tue, nampak agak tidak logik di situ. Mungkin Zed ada caranya yang tersendiri untuk memastikan semua artis Malaysia berdaftar di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

P.S: Roller coaster bagi pejalan kaki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

68 Comments

  1. cincin emas

    November 17, 2012 at 8:37 am

    ZZ tolong pantau ckit utk siaran tv3 & Tv9 yg mnayangkan sinetron2 indon yg xde faedah 2..aku rse mcm duk kt indon lak ble duk tgok siaran tv ni duk ulang sinetron2 tah hape2 da..wassalam….

  2. penyu

    November 17, 2012 at 2:29 am

    abang nara tolonglah buat satu post khas tentang rakyat gaza yang di bomb. tak kisah la ni blog gosip ke, aku harap kau guna platform yang kau ada utk sesama muslim

  3. ~kukukakikukaku~

    November 17, 2012 at 1:31 am

    Kesian kt retis2 mcm AA… selalu sgt jd mangsa keadaan…kn???¿¿¿
    #aku bukan kipas susah nk padam AA..haha!

  4. Azura

    November 17, 2012 at 12:34 am

    kalau nak buat serbuan or ape2.. seniman kena lah bagi guideline kepada semua producer dan stesen tv di malaysia… kalau hanya cakap mulut susah… event management yang menganjur segala konsert dalam dan luar negeri pun kena tahu perkara ini… tapi sebelum artis hendak mendaftar.. pihak seniman hendaklah meyakinkan kelebihan2 yg akan diperolehi oleh artis apabila mereka mendaftar.. jangan hanya meminta mereka menyertai seniman tanpa memberitahu kelebihan mereka menyertai seniman..

  5. Wan Z

    November 16, 2012 at 11:21 pm

    OK, why doesnt he look into minimumhour wages untuk artis2 lama dan baru. Setakat 200 hengget untuk 2/3 hari berlakon..itu hampreh. Tahu pakai threat je mamat ni……uka tunjuk power….ueeek

Loading...