Hanya Artis Di Bawah Seniman Sahaja Boleh Bekerja – Zed Zaidi

Hiburan

Hanya Artis Di Bawah Seniman Sahaja Boleh Bekerja – Zed Zaidi

Wow. Abang Nara terkejut apabila membaca Utusan Malaysia baru-baru ini. Rupa-rupanya Zed Zaidi pernah ditawarkan untuk bertanding sebagai wakil rakyat. Namun Zed Zaidi menolaknya kerana belum bersedia. Fokus Zed Zaidi kini ialah Seniman.

zed zaidi

Advertisement

Nampaknya kewibawaan Zed Zaidi sudah mula mencuri tumpuan politikus-politikus Malaysia. Dan pastinya kewibawaan tersebut akan bertambah apabila Zed Zaidi apabila peraturan hanya artis di bawah Seniman boleh bekerja di Malaysia dilaksanakan.

Kami akan bagi amaran terlebih dahulu kepada semua artis, daftar dulu di bawah Seniman, tidak kisahlah sama ada artis dari luar ataupun dalam negara sendiri. Kalau degil juga, kami akan buat serbuan mengejut. Mana-mana artis atau produksi yang tidak berdaftar di bawah Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Seniman ataupun Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), kami akan hentikan penggambaran mereka. Untuk melaksanakan perkara ini, Seniman akan bekerjasama dengan stesen televisyen, imigresen, tentera dan pelbagai lagi badan bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan tegas.

zed

Fuh ~~ Abang Nara tak tahu nak cakap apa sebab tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Kalau artis luar negara diwajibkan berdaftar dengan Seniman sebelum bekerja di Malaysia, itu memang Abang Nara sokong. Namun kalau artis Malaysia sendiri kena buat macam tue, nampak agak tidak logik di situ. Mungkin Zed ada caranya yang tersendiri untuk memastikan semua artis Malaysia berdaftar di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

P.S: Roller coaster bagi pejalan kaki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

68 Comments

  1. weschairs

    November 16, 2012 at 9:36 pm

    setuju dengan selitone, definasi artis tu luas, terjemahkan dulu..then laksanakan apa yang zz war-war kan ..

  2. oldmanstyle

    November 16, 2012 at 6:13 pm

    Zed Zaidi??..pphhhuuuuuiiiii!!!..menyampah aku dengar nama ni..lebih2 lagi tgk pic dia yg dari dulu cam bangang…bbwweeekkk!!!

  3. Lagubestbest

    November 16, 2012 at 5:43 pm

    Jadi Zed Zaidi ni nak buat sistem AP untuk artis, macam AP untuk setiap kereta yang diimport ke? Memula daftar, nanti kne byr borang nak daftar, nanti ada yuran tahunan sebagai ahli berdaftar (atas nama kebajikan). I see the possibility coming (jika ada orang tamak tetibe nak main manipulasi kuasa)…

  4. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

    November 16, 2012 at 5:27 pm

    Bagos zed minah jambu sokong …

  5. Mimi

    November 16, 2012 at 5:23 pm

    Untuk artis luar tu aku tak pasti sesuai ke tidak. Tapi untuk artis Malaysia sendiri, yes sesuai. Korang tengok je artis Malaysia ni, berselerakan. Nyanyi satu cover version, dah panggil artis. Berlakon extra sekali, dah jadi artis. Senang sangat. Artis Malaysia ni takde badan induk yang boleh pantau.

    Sepatutnya, wajibkan semua artis masuk persatuan, mungkin boleh bagi satu lesen macam lesen seni ke apa kan, those yang entitle lesen tu je yang boleh bergiat dalam bidang seni. Macam kontraktor, peguam, doktor, akauntan semua tu, kena verified baru boleh minta gaji setimpal. Ni dok berlakon drama 2,3 ketul, demand gaji mengalahkan gaji doktor sebulan.

    Nanti sesapa yang langgar mana-mana rules dalam persatuan tu, boleh lah ditarik balik lesen ke, gantung ke apa, kena ada peraturan yang diorang kena ikut lah. Tengok je isu baju melampau seksi, takde ending, pelakon salahkan penganjur majlis, kalau ada persatuan bolehlah enforce yang dress takboleh pendek dari lutut ke apa. Sapa langgar juga, tarik lesen seni. Hah, baru lah artis ni dihormati.

    Benefit ke apa tu pepandai lah pikir kan.

Loading...