November 16th, 2012

Wow. Abang Nara terkejut apabila membaca Utusan Malaysia baru-baru ini. Rupa-rupanya Zed Zaidi pernah ditawarkan untuk bertanding sebagai wakil rakyat. Namun Zed Zaidi menolaknya kerana belum bersedia. Fokus Zed Zaidi kini ialah Seniman.

zed zaidi

Nampaknya kewibawaan Zed Zaidi sudah mula mencuri tumpuan politikus-politikus Malaysia. Dan pastinya kewibawaan tersebut akan bertambah apabila Zed Zaidi apabila peraturan hanya artis di bawah Seniman boleh bekerja di Malaysia dilaksanakan.

Kami akan bagi amaran terlebih dahulu kepada semua artis, daftar dulu di bawah Seniman, tidak kisahlah sama ada artis dari luar ataupun dalam negara sendiri. Kalau degil juga, kami akan buat serbuan mengejut. Mana-mana artis atau produksi yang tidak berdaftar di bawah Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Seniman ataupun Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), kami akan hentikan penggambaran mereka. Untuk melaksanakan perkara ini, Seniman akan bekerjasama dengan stesen televisyen, imigresen, tentera dan pelbagai lagi badan bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan tegas.

zed

Fuh ~~ Abang Nara tak tahu nak cakap apa sebab tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Kalau artis luar negara diwajibkan berdaftar dengan Seniman sebelum bekerja di Malaysia, itu memang Abang Nara sokong. Namun kalau artis Malaysia sendiri kena buat macam tue, nampak agak tidak logik di situ. Mungkin Zed ada caranya yang tersendiri untuk memastikan semua artis Malaysia berdaftar di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

P.S: Roller coaster bagi pejalan kaki.


68 responses to “Hanya Artis Di Bawah Seniman Sahaja Boleh Bekerja – Zed Zaidi”

  1. makcik leen says:

    tolong pesan kat zed zaidi, saya anak beranak memang giler sangat dengan aaron aziz dan randy pangalila. tapi x pulak hilang semangat patriotisme kami kat malaysia. makin dia buat macam ni, makin anak dara, makcik2 naik menyampah dengan zed zaidi!!

  2. verability says:

    Abg nara xde gambar zed yg lain ke? Asal ceta ZZ mesti guna gambar yg sama ke die mmg pakai baju tu je bila kuarkan statement….

  3. jim says:

    Boleh mengatasi lambakan artis yg tah pape. Tapi Zed Zaidi kena paham. Jadi artis ni bukan mcm makan gaji, tiap2 bulan dapat. Ade job, adelah. Kalo takde, menganga lah. So, kena lebih prihatin dan fokus ye abang zed zaidi oi. Jgn berlagak mcm gila kuasa.

  4. Mr Loba Loba says:

    Aku dengar bunyi duit nak masok …. KACHINGGG!!!
    Kuaasa….kuasaaa…kuasa…
    Makin ramai artis yg berdaftar, maka makin bnyk lah yuran yg diorg dpt kutip dan makin byklah income yg persatuan tu boleh buat ….
    KACHINGGGG!!!

Loading...