Wow. Abang Nara terkejut apabila membaca Utusan Malaysia baru-baru ini. Rupa-rupanya Zed Zaidi pernah ditawarkan untuk bertanding sebagai wakil rakyat. Namun Zed Zaidi menolaknya kerana belum bersedia. Fokus Zed Zaidi kini ialah Seniman.
Nampaknya kewibawaan Zed Zaidi sudah mula mencuri tumpuan politikus-politikus Malaysia. Dan pastinya kewibawaan tersebut akan bertambah apabila Zed Zaidi apabila peraturan hanya artis di bawah Seniman boleh bekerja di Malaysia dilaksanakan.
Kami akan bagi amaran terlebih dahulu kepada semua artis, daftar dulu di bawah Seniman, tidak kisahlah sama ada artis dari luar ataupun dalam negara sendiri. Kalau degil juga, kami akan buat serbuan mengejut. Mana-mana artis atau produksi yang tidak berdaftar di bawah Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Seniman ataupun Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), kami akan hentikan penggambaran mereka. Untuk melaksanakan perkara ini, Seniman akan bekerjasama dengan stesen televisyen, imigresen, tentera dan pelbagai lagi badan bagi memastikan perkara ini dilaksanakan dengan tegas.
Fuh ~~ Abang Nara tak tahu nak cakap apa sebab tak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Kalau artis luar negara diwajibkan berdaftar dengan Seniman sebelum bekerja di Malaysia, itu memang Abang Nara sokong. Namun kalau artis Malaysia sendiri kena buat macam tue, nampak agak tidak logik di situ. Mungkin Zed ada caranya yang tersendiri untuk memastikan semua artis Malaysia berdaftar di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.