Tular di media sosial TikTok baru-baru ini mengenai fakta serta kos sebenar hukuman gantun seseorang banduan di Malaysia.
Antara fakta yang dikongsikan adalah kos keseluruhan untuk hukuman banduan akhir ke tali gantung itu adalah sebanyak RM1,975 seorang.
Jika mayat banduan akhir tidak dituntut keluarga, kerajaan perlu menanggung kos tambahan sebanyak RM800 bagi tujuan pengebumian.
Tali yang digunakan dalam perlaksanaan hukuman pula adalah jenis jut dan dibalut dengan kulit lembu supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu tali gantung berharga di antara Rm4,000 hingga RM5,000 dan mempunyai nombor siri selain telah diuji ketahanannya sebelum digunakan.
Terdapat ‘brass knuckle’ pada tali gantung yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
Manakala di bawah lantai pintu perangkap, ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter dan hanya 15 saat sahaja masa yang diambil untuk pintu perangkap dibuka sepenuhnya apabila gear ditarik.
Banduan akan mengalami saat kematian selama 30 saat hingga satu minit dan banduan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam tergantung.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.