Hanya Ambil Gaji RM1,500 Sebulan, Nadiyah Shahab Pentingkan Gaji Staff, Ada Yang 3 Kali Ganda Pendapatan

Hiburan

Hanya Ambil Gaji RM1,500 Sebulan, Nadiyah Shahab Pentingkan Gaji Staff, Ada Yang 3 Kali Ganda Pendapatan

Pelakon dan juga usahawan, Nadiyah Shahab mendedahkan bahawa dia hanya mengambil gaji bulanan minima sebanyak RM1,500 sebulan meskipun bergelar pengasas kepada syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd. bersama suaminya, pelakon Ben Ali.

Nadiyah ShahabSumber : Instagram Nadiyah Shahab  

Tambah Nadiyah lagi, dia dan suami hanya mengambil keputusan untuk mengambil gaji tersebut selepas dua tahun mengusahakan perusahaan pelbagai itu.

Advertisement

Jika sebelum ini Ben Ali ada pernah memberitahu bahawa dia dan isteri hanya mengambil gaji bulanan yang rendah, namun tidak mendedahkan secara terperinci berapakah jumlah pendapatan yang sebenar diambil mereka berdua.

“Selepas dua tahun baru saya ambil gaji RM1,500 sahaja. Staf kami ada yang saya gajikan RM5,000 ada yang RM4,500. Runner kami pada satu tahap bawa balik rumah RM8,000 ke RM10,000 sebulan sebab banyak sangat penghantaran, tapi saya dan Ben hanya ambil RM1,500 untuk diri kami.”

Menurut pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini lagi, pada awal penubuhan syarikatnya itu, dia juga terpaksa menggunakan wang hasil pendapatan daripada kerjaya seninya untuk menampung kos operasi perniagannya.

Nadiyah berkata dia dan suami hanya mengutamakan kebajikan para pekerjanya yang sanggup bekerja siang malam untuk membangunkan jenama yang semakin dikenali itu.

Sekadar info, syarikat Absolut Sdn. Bhd yang diusahakan pasangan ini telah menerajui beberapa cabang perniagaan iaitu Absolut Chocolat, Absolut Food Fest. Absolute Grace Charity dan Absolut Management.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Nadiyah Shahab

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...