Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini ada memuat naik foto bersama suami dan anak-anaknya di ruangan Instagram untuk perkongsian bersama peminat di media sosialnya.
Namun yang menarik perhatiannya adalah, ada segelintir netizen bertanyakan mengapa dia jarang sekali berkongsi foto bersama dua orang anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mawar Rashid kemudiannya dilihat tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah mengetepikan anak-anak hasil perkahwinan pertama suaminya itu, Raf Yaakob.
“Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi mereka tak ada kat rumah saya. Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kejam ke tak nak masukkan anak yang lain. Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu telah berkongsikan jawapan-nya itu menerusi Instagram Storynya yang turut memaparkan tangkap layar mesej positif daripada netizen yang memintanya untuk mengabaikan sahaja perkara remeh tersebut.
“Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya. Jangan fitnah la!”
Sekadar info, Mawar telah pun mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael,2, dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia 2 bulan.