Hati seorang isteri, memang bagitu lembut, tidak kiralah engkau seorang pahlawan gagah perkasa atau sesiapa sahaja, tetapi dia tetap wanita mempunyai naluri kewanitaan.
Kehilangan orang tersayang sudah pasti membuatkan hati rasa rasa pilu, sedih, dan tidak dapat digambarkan, orang kita meluahkan kasih sayang dan segalanya pergi meninggalkan kita untuk selamanya.
Seorang wanita yang memang tidak perlu diperkenalkan lagi, walau dilanda pelbagai kontroversi dan tohmahan, beliau tetap tabah dan kuat mengharungi liku hidup, sebagai seorang manusia biasa dan bergelar wanita sifat kewanitaannya terserlah apabila tiba genap setahun pemergian suami tercinta.
Beliau telah meluahkan rasa hati kehilangan suami tercinta di laman instagramnya yang ternyata menyentuh hati mereka yang membacanya.
Jom kita baca luahan beliau.
Antara status ‘wedding anniversary’ saya buat arwah. Tidak dinafikan perkahwinan kami ada pasang dan surut. Saya bersyukur dipertemukan dengna arwah suami 10 tahun lalu dan menjadi isteri selama hampir 9 tahun.
Latarbelakang keluarga arwah bukanlah dari golongan yang berada. Saya percaya, kekayaan bukan ukuran kebahagiaan. Untuk bernikah, kami membuat pinjaman peribadi di Bank Islam pada ketika itu.
Masuk anak ke-2 baru hutang nikah selesai. Permulaan perkahwinan kami sangat sederhana. Arwah seorang yang kuat bekerja. Semasa tempoh berkenalan, saya merahsiakan latar belakang keluarga saya.
Alhamdulillah Abah bukanlah jenis ‘menjual anak’. Cukup sekadar kemampuan arwah ketika itu, hantaran yang diterima, RM8,888.00 dan Mas Kahwin RM380. Rumah pertama kami sewa adalah rumah teres 2 tingkat di Mutiara Damansara – RM1,500 sebulan.
Itu pun berkongsi bayar. Bahagia sangat. Paling bahagia, bila kami berkahwin, anak terus jadi 3 orang (arwah mempunyai 2 anak dari hasil perkahwinan terdahulu, saya mempunyai seorang anak) Tu la orang kata, bila gaduh semua lupa.
Bila macam ni semua ingat. Buat yang masih bersuami atau beristeri, kalau boleh jangan ambil ringan benda yang kecil. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan pasangan kita. Berkasih sayanglah selagi dia halal utk kita.
Ada yang bagitau ‘barang yang lepas jangan dikenang’. Suami bukan ‘barang’. Ia anugerah Allah yang terbaik buat seorang wanita. Bukan semua lelaki jahat. Nakal tu biasa.
Mak pernah pesan, baik buruk seorang suami adalah dari kasih sayang seorang isteri. Ntah. Lain orang lain pengalaman. Hampir sembilan tahun perkahwinan dengan arwah, Allah memelihara perkahwinan kami walaupun ujian datang silih berganti.
Kerana janji arwah “Hanya ajal yang pisahkan I dari u, sayang.. Bukan org ke-3”.. Dia pegang janji itu hingga Allah menjemputnya pada tanggal 1 Jun 2016. Allahuakbar! …Selamat Malam Semua. Terima kasih kerana sudi membaca coretan rasa kerinduan ini.. Al Fatihah.
Kredit : nurulzahid