Mengakui akaun bank mereka pernah berbaki RM500 sahaja, penyanyi bersuara mantap, Siti Sarah tampil memaklumkan bahawa dirinya dan suami, Shuib Sepahtu pernah berdepan fasa perit.
Kata Sarah beliau sentiasa mengingatkan Shuib tentang kepentingan bersedekah. Malah dirinya akui langsung tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang tua mereka.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Sarah menerusi program bual bicara, Naura Shares.
“Kalau kita bagi sedekah, Allah akan bagi kita balik lebih. Dahulu, dalam akaun bank kami pernah hanya ada RM500. Ada tanggungjawab nak bayar pembantu rumah, kereta dan bayar itu ini. Benda pertama yang saya tanya Shuib, sudahkah sudah bagi duit kepada ibunya. Dia jawab ‘belum’ dan hanya ada RM500. Saya cakap kalau dia ada RM500, mak dia ada berapa? Saya cakap sekurang-kurangnya, bagi half (separuh).
Dalam pada itu, Sarah khabarnya tidak ketinggalanmengimbas kembali zaman ketika dunia media sosial belum berkembang.
Menurut Sarah ketika berada di puncak populariti, beliau pernah menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui surat.
Susulan kejadian, bapanya Raisuddin Hamzah difahamkan nekad menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi untuk menjaga dan mengawasi keselamatan penyanyi tersebut.
Untuk rekod, Sarah dan Shuib telah sah bergelar suami isteri pada 2011. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Kosmo!