Hanya Ada RM 8,000 Ketika Ingin Menikah Dengan Mizz Nina : Perkongsian Noh Buat Netizen Terharu

Hiburan

Hanya Ada RM 8,000 Ketika Ingin Menikah Dengan Mizz Nina : Perkongsian Noh  Buat Netizen Terharu

Noh Salleh dan Mizz Nina, pasangan yang cukup bahagia bersama dan menjadi contoh buat pasangan lain yang ingin mempunyai “relationship goals” seperti mereka.

Advertisement

Penghijrahan mereka berdua  juga cukup mencuri tumpuan ramai, apatah lagi Noh dan Mizz Nina sering menyokong antara satu sama lain dalam apa sahaja yang mereka berdua lakukan.

Baru-baru ini, ada seorang pengguna Facebook telah berkongsi kata-kata Noh ketika beliau ingin berkahwin dengan Mizz Nina.

Bila kami membaca perkongsian berkenaan, memang terharu habis.

Berikut adalah kata-kata Noh yang membuatkan netizen juga tersentuh hati :-

Noh hujan dalam satu slot motivasi :

“saya tak berpeluang belajar di ipta.. tamat spm, saya memilih untuk ceburi bidang nyanyian.. rezeki ikut musim..ada permintaan,ada duit..ada hari,hanya makan nasik lemak pagi.. tengahari dan malam ” berpuasa” .. pernah pinangan ditolak..sebab takda duit..kemudian niat dalam hati.”ya Allah aku x kutip harta yg haram,aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal,aku tidak buat benda-benda haram,mudahkanlah urusan aku”..kemudian Allah bukak pintu rezeki..masih merangkak.. kemudian saya berjumpa Mizz Nina ,.saya pinang dia..alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat,anak org hebat..dalam poket hanya ada 8 ribu genap.saya ulang, 8 ribu genap sahaja dalam akaun utk menikah..saya katakan pada Nina,

“Girl,if u want to marry me, I’m a nothing .. I have nothing .. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take cara of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” .. dan Nina terima..

Sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up,baju nya semua besar2 , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian..

Semuanya, LILLAHITA’ALAA.. so ladies,if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him ,he guides you to practise islam,do not let him go,marry him

Noh hujan-

Ini baru dikatakan cinta sejati yang tidak memandang status dan harta , sedangkan anda semua tahu Mizz Nina berasal daripada keluarga yang cukup mewah.  Noh dan Mizz Nina juga sama-sama memperbaiki kekurangan didalam diri mereka.  Semoga mereka berdua kekal bahagian begini sehingga jannah.

Sumber Berita : Azfar Mohd

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...