Hanya Ada Pembantu Rumah Sekali Seumur Hidup, Hairul Azreen Bantu Hanis Zalikha Buat Kerja Rumah

Hiburan

Hanya Ada Pembantu Rumah Sekali Seumur Hidup, Hairul Azreen Bantu Hanis Zalikha Buat Kerja Rumah

Pelakon Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha mendedahkan bahawa mereka sekeluarga tidak mempunyai pembantu dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Hairul atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris memberitahu bahawa dia dan isteri telah bersetuju untuk bekerjasama membahagikan kerja di rumah mereka.

Advertisement

Kata pelakon filem Paskal ini lagi, mereka hanya mempunyai seorang pembantu rumah sekali seumur hidup namun dia telah pulang dan sudah tidak berkhidmat.

“Walaupun beras saya beli tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah itu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Hanis cuci baju, lipat kain dan semualah. Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa..”

Perkara tersebut dikongsikan Hairul menerusi hantaran Instagram Storynya untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosial.

IG Hairul AzreenSumber : Instagram Hairul Azreen  

Terdahulu, Hairul dan Hanis telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 yang lalu dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar,4, dan Alisa Aisya yang kini berusia 2 tahun.

Pasangan ini sering mendapat perhatian ramai kerana pandai mendidik anak-anak yang semakin membesar dari hari ke hari.dari segi skill dan juga pendidikan.

3 years ago

Berbaloi Hantaran Kahwin RM91 Ribu, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Hairul Azreen

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...