Hanya Ada 4 Huruf, Mia Ahmad Kongsi Sebab ‘Iris’ Jadi Nama Pilihan Untuk Anak Kedua

Hiburan

Hanya Ada 4 Huruf, Mia Ahmad Kongsi Sebab ‘Iris’ Jadi Nama Pilihan Untuk Anak Kedua

Mia Ahmad yang baru-baru ini telah menimang cahaya mata kedua telah mendedahkan nama anak keduanya itu yang diberi nama Iris Binti Izham Tarmizi.

Hanya mempunyai empat huruf, Mia tampil menjelaskan sebab dia memilih nama yang serba ringkas itu kepada peminat di luar sana.

Advertisement

Menurutnya, dia memilih nama tersebut dengan harapan cahaya matanya itu membesar menjadi insan yang bersederhana dalam segala hal.

“Iris Binti Mohd Izham Tarmizi. 4 huruf je nama dia sweet dan simple. Sebenarnya nama abang dia dulu pun nak letak Issa je tapi nak ada signature nama mommy juga la sikit ada huruf S depan. Hehe. Untuk Iris, mommy dan daddy nak nama yang simple. Semoga Iris membesar bersederhana dalam semua benda, dengan izin Allah. Amin,”

Mia berkongsi mengenai perkara tersebut melalui laman instagram miliknya. Dia turut berkata tidak berniat untuk membuka akaun instagram baru khas untuk anak keduanya itu pada ketika ini.

View this post on Instagram

Having a daughter brought life to a part of my heart that I never knew existed. ? . ? : @lilnborn . . ? : @ohbabygirlheadband

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

View this post on Instagram

Salam Aidilfitri everyone. Maaf Zahir & Batin. ? #izhaMiaIssa #raya2020

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

 Sebaliknya, dia akan mengemas kini perkembangan Iris menerusi akaun Instagram milik anak sulungnya iaitu Sayf Issa.

Peminat yang mengikuti perkembangan pelakon dan juga isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Termizi itu rata-rata memuji kecomelan wajah anak pelakon tersebut.

Mengimbas kembali, Mia sebelum ini telah selamat melahirkan anak kedua, Iris pada 18 Jun lalu di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...