Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Hanya 5 Bulan Allah Pinjamkan Untuk Saya..” Ernie Zakri

Ernie Zakri

Penyanyi kesayangan ramai, Ernie Zakri meluahkan rasa sedih mengenangkan ibu mertuanya, Wan Faaizah Karim yang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 malam kelmarin.

Advertisement

Ujar Ernie, sepanjang bergelar menantu yang juga isteri kepada penyanyi Syamel, dia bertuah kerana mendapat ibu kedua yang terlalu baik, kelakar, disenangi dan juga penuh dengan pesanan dan nasihat.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

Tambahnya lagi, meskipun hanya dipinjamkan selama 5 bulan untuk bergelar menantu kepada Allahyarham, Ernie bersyukur kerana telah belajar banyak perkara ketika bersama arwah ibu mertuanya itu.

Saya tidak tahu sama ada saya telah menjadi menantu yang baik kepada umi dan ayah, tapi apa yang pasti, umi telah menjadi ibu dan ayah mertua yang baik kepada saya.

Reda dengan pemergian arwah, Ernie berkata dia dan ahli keluarga lain tidak dapat menyembunyikan rasa rindu apatah lagi mengenangkan telatah wanita itu.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

Advertisement

Dia dalam pada itu memanjatkan doa agar Allah S.W.T memberi rahmat kepada ibu mertuanya yang kini berada di alam abadi.

Terdahulu, ibu kepada Syamel difahamkan telah meninggal dunia selepas sebulan dimasukkan dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top