Hanya 5 Barang Ini Dibenarkan Angkut Bawa Balik Dari Hotel

Trending

Hanya 5 Barang Ini Dibenarkan Angkut Bawa Balik Dari Hotel

Bila kali terakhir korang bermalam di hotel? Mesti dah lama tak dapat nak bercuti disebabkan pandemik Covid-19 kan. Tapi sekarang pihak kerajaan telahpun memberikan kelonggaran untuk mereka yang lengkap dua dos vaksin untuk pergi bercuti di dalam negeri tempat tinggal. Rentas negeri masih belum bolah ya, tapi kalau naik kapal terbang boleh ke Langkawi, hehe.

4 years ago

Pekerja Warga Pakistan Gembira Bos Bawa Bercuti Di Hotel 4 Bintang

Apapun, pusat penginapan hotel tentunya menjadi pilihan memandangkan pihak mereka telah menyediakan segala kelengkapan. Tapi sejak dulu lagi ramai orang tertanya barang-barang yang disediakan hotel ni boleh bawa balik atau tidak? Ada juga yang tidak tahu malu bawa balik barang-barang yang tidak sepatutnya diambil. Itu kira mencuri dah tu. Jadi sebagai perkongsian, akaun Tiktok The Manohara Hotel Yogyakarta ada berkongsi antara 5 barang yang sebenarnya memang disediakan untuk pengunjung dan dibenarkan untuk dibawa pulang.

Antara barang yang disenaraikan adalah seperti:

  1. Laundry bag
  2. Air mineral
  3. Notepad
  4. Selipar (jika disediakan)
  5. Peralatan mandi (lotion, ubat gigi, gel mandian dan syampu)

Jika kita lihat dari senarai di atas, mereka tidak mengatakan tuala dan penggosok baju boleh diambil ya. Jadi jangan pandai-pandai sorok dalam bag, kalau kantoi dengan pihak hotel buat malu jer. Selain itu, ada sesetengah hotel turut menyediakan minuman tin dan makanan ringan di dalam peti ais. Ada yang percuma dan ada juga yang akan dikenakan caj jika mengambilnya. Jadi pastikan ia betul-betul percuma kalau nak makan, jika tidak perlu bayar sebelum checkout.  

Advertisement

Video penuh Tiktok lihat di sini.

Apapun, patuhilah SOP yang ditetapkan dan amalkan norma baharu walau di mana kita berada. #kitajagakita Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...