July 9th, 2020

Keputusannya kembali berhijab semula sebelum Ramadan lalu mencetuskan reaksi positif daripada peminatnya. Rentetan itu, pelakon Fathia Latiff kini seakan lega dan mampu meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berlakon semula.

fathia latiff syukur dapat berlakon semula

Menurut Fathia beliau langsung tidak berasa kekok untuk bekerjasama dengan kru produksi dan barisan pelakon drama Dayang Senandung biarpun hamper dua tahun tidak memasuki set penggambaran.

“Alhamdulillah selepas hampir dua tahun saya diberikan peluang dan rezeki untuk berlakon semula. Walaupun dah lama tak masuk set penggambaran tapi perasan kekok tak ada.”

Meskipun begitu, beliau tetap tidak mahu memikirkan tanggapan buruk netizen memandangkan ramai lagi peminat yang masih menghargai dirinya. Bahkan, apa yang terjadi sebelum ini dianggap sekadar kisah silam dan mahu meneruskan kehidupan di masa hadapan.

fathia latiff syukur dapat berlakon semula

“Saya memang bersyukur dengan penerimaan yang sangat baik daripada peminat. Bagi saya mungkin hanya 20 peratus sahaja orang yang tak menyukai saya. Jadi buat apa fokus perkara yang negatif.”

fathia latiff syukur dapat berlakon semula

Bercakap mengenai soal lain, Fathia berkata, beliau kini lebih fokus kepada perniagaan menjual tudung. Malah Fathia mendedahkan beliau juga tetap mahu meneruskan legasi keluarga yang sudah lama dalam dunia perniagaan.

Sumber: mStar


3 responses to ““Hanya 20 Peratus Sahaja Orang Yang Tak Menyukai Saya””

  1. Anonymous says:

    Ok dah tu dah lawa balik

  2. SantanKelapa says:

    gfdgdf

  3. SantanKelapa says:

    Fathia ni dah teruk drugs, kesian. Masih muda dah tersalah langkah. Eloklah kalau dia nak perbaiki diri. Artis melayu baru dan veteran serta melayu melayu lain..sebagai orang melayu saya nak beri peringatan secara ikhlas. Sudah2 lah hisap vape dan ambik ganja. Tiba2 kena penyakit misteri dan ketumbuhan. Kenapa? Apa sebab nya? Ni..Kau tau tak benda dlm vape tu toxic? Ganja dari pokok kau hisap hari2 pun ada efek pd otak, ini kan lagi ganja komersial yang kau beli dicampur dgn bahan2 lain , kaca pun ada bila test lab. Ramai betul buat kerja mcm ni. Pakai tutup litup, pegi masjid, tunjuk instagram kau alim habis tapi tarik ganja. Benda memabukkan dan mengkhayal kan adalah HARAM. Nanti sakit kata, misteri lah, org khianat lah. Tak heran ramai artis tak panjang umur. Jantan betina kaki tarik! Hishh! Apa nak jadi!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...