Mendedahkan dirinya agak sukar menyekat kegiatan artis yang menawarkan khidmat seks, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tidak menafikan perkara tersebut sentiasa mendapat permintaan golongan VIP sejak dahulu lagi.
Hal ini demikian kerana, masalah kewangan mungkin menjadi punca golongan artis menjual diri.
Dedahnya, sehingga kini masih wujud artis yang hidupnya sekadar ‘kais pagi makan pagi’ sehingga terpaksa terjebak dengan aktiviti tersebut.
“Kita kena faham, artis ini sebilangan kecil saja yang memang betul-betul mewah, hanya 10 peratus yang benar-benar stabil, selebihnya tidak. Lagi 90 peratus artis ini hanya `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Tiga bulan ada job, kemudian setahun straight tiada job.”
Menurutnya, berdepan kesempitan hidup juga menjadi salah satu faktor mengapa golongan ini terpaksa berbuat demikian.
Malah peluang kerja yang terhad ketika ini ditambah dengan stuasi pandemik COVID-19 mungkin menjadi faktor kegiatan jijik itu dilaksanakan golongan mereka.
“Dalam keadaan kesempitan hidup, kalau orang offer sikit sahaja, walaupun benda itu dalam keadaan yang tak baik, orang ambil juga. Hendak buat job susah, nak keluar buat job pun susah. Macam mana nak survive? Orang cucuk sikit dengan benda macam ini memang akan kelabu matalah.”
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai laporan dimana terdapat segelintir golongan selebriti dan Instafamous yang dibayar dengan habuan yang tinggi antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.
Sumber: Utusan Online