Hanya 10 Peratus Pelakon Berbakat, Lain Hanya ‘Pasu Bunga’ Sekadar Hiasan Di TV – Erma Fatima

Hiburan

Hanya 10 Peratus Pelakon Berbakat, Lain Hanya ‘Pasu Bunga’ Sekadar Hiasan Di TV – Erma Fatima

Isu mengenai pelakon di Malaysia yang kini hanya bergantung kepada rupa dan jumlah pengikut di media sosial sahaja tetapi tiada bakat sangat hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas penerbit Datuk A. Aida meminta bakat baru jangan membuang masa menghadiri sesi uji bakat (DFKL) sekiranya mereka tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan kacak.

Advertisement

Terbaru, pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima yang sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni memberikan komen mengenai pelakon-pelakon di Malaysia kini.

Erma mengakui hanya 10 peratus sahaja pelakon yang betul-betul berbakat dan mempunyai potensi dan selebihnya hanya ‘pasu bunga’ sekadar menjadi hiasan di kaca televisyen.

Malah, ada segelintir mengelar diri mereka sebagai pelakon hanya merosakkan lagi industri dengan gosip negatif dan kontroversi.

Bagi saya, hanya 10 peratus sahaja pelakon di Malaysia yang betul-betul mempunyai bakat dan berpotensi untuk berjaya dalam industri lakonan. Yang lain itu, hanya menjadi ‘pasu bunga’ sekadar jadi hiasan skrin televisyen dan kadang-kadang ‘menyemak’ serta merosakkan industri dengan gosip.

Sebenarnya bila ada bakat dan kemudian diasah, pelakon ini boleh pergi jauh. Kalau masuk sekadar jadi lalang yang akan mati sendiri tanpa perlu dibunuh, buat apa.

Ada yang setuju dengan pendapat Erma?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

33 Comments

  1. azua

    March 12, 2019 at 2:58 pm

    betoi sgt..jgn la ambik pelakon kayu bajet hensem / lawa..menyampah

  2. zaza

    March 12, 2019 at 2:17 pm

    Cuba tgok mcmana pelakon pelakon tambahan dlm drama Mok Cun. Hampir semuanya pndai berlakon,,walaupon cuma watak pelanggan Manisah dn Mok Cun,,hinggalah ke watak pembancuh kopi kt warung
    Kak Erma mmg pndai pilih pelakon. Sama mcm Mamat Khalid.

    • Alanice

      March 14, 2019 at 8:59 am

      Kau nk tgk kau pnye psl, xyh nk slhkn org len x tgk cte tu

  3. Alanice

    March 12, 2019 at 2:00 pm

    Rmai yg poyo tibe2 skong Erma & oggy, pdahal idola diorg yg ade rupe gak.

    • sitikusmangat

      March 12, 2019 at 4:07 pm

      betul!!! statement ni aku sokong. sangat betul dan membetulkan. hahaha… korang kononnya nak yang berbakat, tapi layan cite petang2 tu yang pelakonnya xde bakat, cuma muka je hensem n cantik. ala macam la x suka Fatah Amin, Remy Ishak, Aaron Aziz dll. Jangan hipokrit boleh??

  4. Anonymous

    March 12, 2019 at 1:39 pm

    pasni tlg laa xyah amek adik beradik or sepupu sepapat senrose ke manrose ke ape2 rose ke berlakon semua nye takde feeling harap muke je lawa mekap cun tapi x menjiwai watak, boring je tgk drama pelakon kayu cmtu

  5. Anonymous

    March 12, 2019 at 1:33 pm

    mmg sampah pelakon2 skrg, kakak jdi pelakon/pengacara..bla..bla..bla.., adik pun dpt masuk, lpas tu anak buah, lepas tu skpg jdi pelakon.

    • Anonymous

      March 12, 2019 at 1:35 pm

      mcm anak amitha bachan, satu pun filem x ada box ofis. Hrp pelakon lain yg mmbantu.

    • Anonymous

      March 12, 2019 at 1:38 pm

      mcm bunga ros..dn org2 kpg dia..

Loading...