Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menegaskan bahawa hanya segelintir daripada pelanggan yang membeli biskut keluarannya memberikan maklum balas negatif dan tidak memberansangkan.
Ditemui Utusan, Shuhada memberikan respon berkenaan bagi menjawab kenyataan seorang individu yang tidak puas hati setelah membeli biskutnya secara di atas talian.
Dalam video yang menjadi tular itu, pembeli tersebut meluahkan rasa kecewa setelah menerima bungkusan biskut yang didakwa tidak kemas dan rapi sehingga menyebabkan kandungan biskut di dalam kotak hancur.
Jelas Shuhada, dia ada cuba mencari siapakah pelanggan tersebut namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.
View this post on Instagram
Hanya 10 peratus bercakap buruk tentang biskut yang saya jual. Bila saya berusaha mengesan pelanggan itu, tak pula dia balas mesej di WhatsApp. Mereka sengaja hendak menjadikan isu dan cuba memanaskan keadaan.
Menganggap maklum balas negatif itu sebagai ‘penambah garam’ semata-mata, ibu kepada dua anak itu berkata dia terbuka menerima sebarang maklum balas bagi tujuan penambahbaikan.
“Itu juga adalah satu pengajaran buat saya untuk mendalami lebih banyak ilmu tentang perniagaan seperti pemilihan produk serta bagaimana untuk kekal lama dalam bidang ini. Saya terbuka sahaja menerima komen daripada pelanggan” ujarnya lagi.