Hanya 10 Minit Setiap Malam & Boleh Lihat Gigi 3 Tona Lebih Cerah Hanya Dengan Rutin Ini!

Branded

Hanya 10 Minit Setiap Malam & Boleh Lihat Gigi 3 Tona Lebih Cerah Hanya Dengan Rutin Ini!

“Weyh, edit sikit gambar aku. Gigi aku nampak kuning. Malulah!!!”

Selain wajah, gigi yang kuning atau kurang berseri boleh menyebabkan individu rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Faktor yang menyebabkan masalah ini adalah seperti suka minuman berkafein seperti kopi atau teh, makanan berempah seperti kari atau pengambilan buah-buahan atau sayuran tertentu.

Tahukah anda, rawatan pemutihan gigi di klinik kecantikan boleh menelan kos yang tinggi. Hmm.. Takkan nak kena cover mulut kalau ketawa lepas ni?

Tak perlu risau, anda sebenarnya boleh memiliki gigi yang putih berseri dari rumah saja. Hanya guna 10 minit setiap malam dan gigi jadi 3 tona lebih cerah. Wow!

Miliki Gigi Putih Berseri Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi menggunakan Colgate Optic White O2 Teeth Whitening Pen, serum pemutih gigi dengan teknologi Pemutihan Oksigen Aktif yang inovatif.

Kali ini, Colgate telah menambah satu lagi siri baru ke dalam keluarga pemutihan gigi Optic White iaitu Colgate Optic White FlexLight LED Kit.

Hanya gunakan bersama Colgate O2 Whitening Pen selama 10 minit setiap malam, Optic White FlexLight LED Kit ini dapat mempercepatkan tindak balas pemutihan Oksigen Aktif. Hasilnya, anda boleh melihat perubahan pada tona gigi sehingga 3 kali lebih cerah dengan cepat!

Gigi Putih Semalam & Tidak Menyebabkan Gigi Sensitif Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit!

Untuk mendapatkan gigi yang putih sebenarnya mudah jika anda komited mempraktikan regimen kecantikan penjagaan mulut. Nak gigi yang putih, effort pun mestilah kena lebih.

Sambil buat rutin kecantikan malam, anda boleh menggunakan alat pemutihan gigi ini pada waktu yang sama.

Semasa mengetahui tentang Colgate Optic White FlexLight LED Kit, kami juga tertanya, bagaimana alat ini berfungsi. Sebenarnya mudah saja, FlexLight LED ini merupakan peranti pemutihan gigi professional dari rumah dengan 10 minit tindak balas pemutihan.

Ia bertindak ke atas bahan Pemutihan Oksigen Aktif dari Optic White O2 Teeth Whitening Pen melalui cahaya indigo dipatenkan yang dipancarkan, hasilnya gigi menjadi lebih cerah.

Gunakan 2 produk ini sekali untuk gigi putih yang menakjubkan!

Siapa yang tak mahu gigi putih berseri dari rumah saja? Jadi kami pun telah menambah Colgate Optic White FlexLight LED Kit ke dalam rutin kecantikan gigi bersama penggunaan Colgate O2 Teeth Whitening Pen.

Colgate Optic White FlexLight LED Kit ini akan memancarkan sinaran indigonya, anda tidak perlu risau kerana ia tidak membahayakan dan tidak menyebabkan masalah sensitif pada gigi dan selamat untuk enamel serta memutihkan gigi secara lembut dari dalam ke luar.

Malah FlexLight LED Kit ni boleh melentur mengikut bentuk mulut untuk keselesaan dan kemudahan yang maksimum.

Paling best, alat ini sangat ringan dan mudah untuk digunakan. Wayar kuasanya pula boleh dihubungkan kepada telefon pintar (didatangkan dengan sambungan wayar type-C dan iPhone), jadi senanglah nak bawa ke mana saja. Ia juga kalis air dan sangat mudah untuk dibersihkan.

Cara penggunaan:

Langkah 1: Selepas gosok gigi dengan Colgate Optic White O2 WhiteningToothpaste, keringkan gigi dengan tisu.

Langkah 2: Sapukan Colgate O2 Teeth Whitening Pen dengan Pemutihan Oksigen Aktif pada setiap gigi dan celahannya.

Langkah 3: Sambungkan wayar Colgate Optic White FlexLight LED Kit pada telefon pintar

Langkah 4: Tekan butang untuk mengaktifkan cahaya indigo Colgate Optic White FlexLight LED Kit, kemudian pasangkan pada gigi.

Langkah 5: Biarkan selama 10 minit untuk FlexLight LED Kit merangsang teknologi Pemutihan Oksigen Aktif.

Langkah 6: Tidur. Tak perlu berus gigi semula dan biarkan serum Pemutih Gigi O2 bekerja!

Hanya 10 minit sehari untuk gigi putih berseri!

Tak perlu risau dengan kos pemutihan gigi di pusat kecantikan, cuba sendiri dari rumah teknologi terbaru Colgate dengan 10 minit Supercharged Whitening Action*, kuasa pemutihan Oksigen Aktif yang bertindak balas dengan cahaya indigo.

Produk Colgate Optic White FlexLight LED Kit ini turut mempunyai waranti selama setahun, jadi anda boleh menggunakannya dengan hati yang tenang.

Bagi anda yang ingin mencuba, Colgate Optic White FlexLight LED Kit boleh didapati di pasar raya utama atau Colgate official store di Shopee dan Lazada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...