Hantu Kak Limah Kini Pegang Takhta Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM20.5 Juta

Hiburan

Hantu Kak Limah Kini Pegang Takhta Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM20.5 Juta

Jutaan tahniah diucapkan kepada Mamat Khalid, para pelakon dan mereka yang terlibat menjayakan filem Hantu Kak Limah. Ini kerana filem tersebut kini telah pun memecahkan rekod kutipan ‘box office’ filem tempatan Malaysia. Selepas 11 hari ditayangkan, filem komedi ini telah mendapat kutipan RM20.5 juta. Ia satu pencapaian yang amat mengkagumkan dan membanggakan. Tahniah!!!

hantu kak limah 20.5 juta

Advertisement

Sebelum ini, rekod kutipan tertinggi filem tempatan di Malaysia dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 dengan kutipan RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sudah pasti angka kutipan Hantu Kak Limah akan terus meningkat kerana ia masih rancak ditayangkan di pawagam. Silap-silap boleh cecah RM25 juta. Fuh!!! Ternyata filem tempatan boleh memberikan pulangan yang lumayan sekiranya kena dengan selera penonton.

Filem Hantu Kak Limah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat Mamat Khalid untuk terus menghasilkan karya. Berdasarkan pembacaan di Internet, ramai yang mahukan Mamat Khalid mengumpulkan kesemua barisan pelakon yang pernah membintangi filem arahannya ini termasuklah Que Haidar, pemandu ambulans, dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...