Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hantu Kak Limah Kini Pegang Takhta Filem Tempatan Paling Laris Dengan Kutipan RM20.5 Juta

Jutaan tahniah diucapkan kepada Mamat Khalid, para pelakon dan mereka yang terlibat menjayakan filem Hantu Kak Limah. Ini kerana filem tersebut kini telah pun memecahkan rekod kutipan ‘box office’ filem tempatan Malaysia. Selepas 11 hari ditayangkan, filem komedi ini telah mendapat kutipan RM20.5 juta. Ia satu pencapaian yang amat mengkagumkan dan membanggakan. Tahniah!!!

hantu kak limah 20.5 juta

Advertisement

Sebelum ini, rekod kutipan tertinggi filem tempatan di Malaysia dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 dengan kutipan RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sudah pasti angka kutipan Hantu Kak Limah akan terus meningkat kerana ia masih rancak ditayangkan di pawagam. Silap-silap boleh cecah RM25 juta. Fuh!!! Ternyata filem tempatan boleh memberikan pulangan yang lumayan sekiranya kena dengan selera penonton.

Filem Hantu Kak Limah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat buat Mamat Khalid untuk terus menghasilkan karya. Berdasarkan pembacaan di Internet, ramai yang mahukan Mamat Khalid mengumpulkan kesemua barisan pelakon yang pernah membintangi filem arahannya ini termasuklah Que Haidar, pemandu ambulans, dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. Hari Raya Kedua

    August 23, 2018 at 4:58 pm

    Seriously , Dia punya tajuk macam dah tak ade filem yang elok lah lepas nie .

    Tunggu kome hujung bulan nie Munafik 2 menggegarkan pawagam .

  2. mim's

    August 23, 2018 at 4:43 pm

    haahhaaha…crta ne mmg best gilerrrr…dh tgk…rsa nk tgk lg.tgk crta ne ble hlng stress.

  3. nok gebuzzz

    August 23, 2018 at 4:39 pm

    cerita2 kelakar mcm ni x bosan…tgk byk kali pon xp…balik2 cerita cinta yg x abis2 nak rampas laki org pas tu org ke3…mmg bosan!!

    • makcikbawanghangus

      August 24, 2018 at 10:15 am

      betul, sejak menjak nih banyak buat cerita pasal vavi menyondol laki orang la kawin 2 la kawin 3 la.. tah pape la value citer melayu skunk! sampah betul

    • Anonymous

      August 25, 2018 at 8:27 am

      Betul. Baik tgk citer2 mcm ni drpd tgk citer peluk kiss xhabis2.

  4. faraj

    August 23, 2018 at 4:30 pm

    tak paham org Melayu..!!!

  5. Sajat Desperate

    August 23, 2018 at 4:07 pm

    Lembab betul lah si Nara ni update…
    Blog/Media lain dah kuar kan 4 – 5 hari lepas dahhh.
    Nara busy cari iklan baru agak nye……

    • Anonymous

      August 23, 2018 at 4:12 pm

      orang melayu suka citer mcm ni…

    • doktor asli

      August 23, 2018 at 4:50 pm

      Cite melayu, yg tuakng bayar, tukang buat filem company cina. In summary, cina kaya atas kebodohan melayu yg teruja dengan cite cetek minda

    • Anonymous

      August 24, 2018 at 9:21 am

      Mendelah ko ni merepek. Tak pyh agung sgt la bangsa lain. Aku kaki wayang & dah tgk byk cerita. Even cerita hollywood pun ada yg mcm sampah. HKL ni mmg lah bukan tahan Cannes tp consider ok la. Laughable.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama