Hantu Game, Sampai Bernanah Ibu Jari Tercucuk Screen Protector Pecah

Trending

Hantu Game, Sampai Bernanah Ibu Jari Tercucuk Screen Protector Pecah

Ada diantara kita yang sayang untuk membuang screen protector yang retak sedikit. Jika masih boleh digunakan, pasti anda akan terus menggunakannya kerana tidak mengundang bahaya.

Tetapi tahukah anda semua baru-baru ini tular di media sosial, seorang pemuda yang hantu game terkena jangkitan kuman di bahagian jari sehingga jarinya membengkak dan bernanah sehingga beliau perlu menjalani pembedahan.

Kenapa? pasti anda tertanya-tanya

Ini kerana screen protector telefonnya pecah dan dia tetap bermain game.

Advertisement

Dalam hantaran Facebook tersebut, dikatakan Azuan tidak sangka jarinya boleh kena jangkitan kuman sehingga bengkak dan bernanah. Puncanya sebab kaca screen protector itu sudah termasuk dalam jari semasa ralit bermain game.

 

Pergi ke klinik berkali-kali masih sakit

Hati2 guys

Dugaan buat adik Azuan Iqbal..

Jari kena infection…
Seminggu lebih menanggung sakit..
Jari semakin bengkak n bernanah..
Pegi klinik berkali2 pun xbaik2 gak..
Sudahnya kena refer hospital..
N kena minor operation…
Doc korek buang isi yg terkena infection tu..

Puncanya

Screen protector retak..dia lak kaki game..asik duk hadap game je…duk slide2 phone kemungkinannya ade serpihan kaca dr screen protector tu termasuk dlm jari…bila dah lama2 makin sakit..makin bengkak..mkn pain killer n antibiotik pn xlega2 gak…g klinik doc cucuk guna jarum utk tgk ade nanah atau x kt dlm..

Puncanya sikit tetapi kesannya kekal hingga ke akhir hayat

Peringatan klu screen protector dah crack tu terus la g tukar…n jangan asik sgt dgn permainan mobile game ni..hahaha…tiberrr…

Btw get well soon la wahai adik…jgn ngis tepi bucu katil k..xyh susah2 nak g hospital cuci luka tu..aku pn boleh buat..tp siap2 la pakai pempes sebelum tu..takut terkencing terberak jela kena tonyoh…hahaha n selamat bercuti panjang…ko suka kan mc kan….haaa mc la puas2

 

Jangan main-main dengan luka yang kecik macam ini. Ingat semua! Selepas ini cabut sahaja screen protector kalau dah pecah, bahaya untuk keselamatan anda dan juga anak-anak kalau mereka selalu menggunakan telefon anda.

Kalau kena dekat kita pun dah sakit, ini kan pula anak-anak kecil.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...