Sejak awal penglibatan anaknya, Talita dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM), Shuib sering berkongsi perkembangan terkini terutamanya persediaan untuk konsert setiap minggu.
Bagaimanapun, perkongsian terbaru Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad di Instagram telah mengundang sebak dan membuat pengikutnya tersentuh hati.
Hantaran dikongsikan pelawak berusia 41 tahun itu memaparkan Talita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra sedang kelesuan sambil duduk di kerusi berhadapan dengan piano.
Thalita dilihat sedang berehat sambil menonton video nyanyian arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin sebagai persediaan untuk konsert pada hujung minggu ini.
View this post on Instagram
Difahamkan, pada minggu ini Thalita akan berduet dengan Hazama menyanyikan lagu arwah Siti Sarah berjudul Terakhir Buat Teman.
Ramai menulis komen di hantaran Instagram itu dan mendoakan kesembuhan Thalita menjelang konsert minggu keempat Ahad ini.
Dalam pada itu, netizen turut sebak melihat Thalita yang menonton video Allahyarham Siti Sarah dan berkata kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut pasti sangat merindui ibunya.
Sementara itu, Shuib akui menangis seorang diri sejak minggu ketiga program itu kerana tahu lagu nyanyian Allahyarham isterinya, Siti Sarah akan dinyanyikan oleh anak mereka