Hantaran terbaru dikongsikan aktor berbakat, Que Haidar mencuri perhatian pengikutnya, bukan sahaja peminat tetapi juga rakan artis.
Menerusi perkongsian di Instagram, bapa kepada dua cahaya mata itu telah memuat naik foto tanpa baju dan menunjukkan transformasi tubuh badannya.
Foto tersebut memaparkan aktor berusia 46 tahun itu sudah memiliki tubuh sasa dan berotot, berbeza dengan penampilannya sebelum ini.
View this post on Instagram
Ramai pengikut dan rakan artis terpukau dan kagum melihat transformasi Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar dalam masa yang singkat.
Rata-ratanya memuji disiplin dimiliki Que Haidar sehingga membuatkannya berjaya mendapatkan tubuh badan sasa sebegitu.
Dalam pada itu, ada yang bertanya sama ada perubahan ini dilakukan Que Haidar demi projek filem baru dan ada yang membandingkan badannya dengan aktor Shaheizy Sam.