Hantaran Terakhir Jururawat Tular, Saksi Dedah Situasi Kemalangan RXZ – “Hanya 30 Meter Jarak Dengan Suami”

Hiburan

Hantaran Terakhir Jururawat Tular, Saksi Dedah Situasi Kemalangan RXZ – “Hanya 30 Meter Jarak Dengan Suami”

Baru-baru ini, beberapa peserta RXZ Members 7.0 dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian berasingan ketika sedang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Salah seorang mangsa adalah jururawat berusia 33 tahun, Roslinawati Ramli yang maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan.

Advertisement

Menerusi video yang tular di TikTok, saksi kejadian mendedahkan mangsa sebelum itu bergerak secara berkumpulan bersama 13 motosikal yang lain.

Suami hanya 30 meter di hadapan

Bagaimanapun, konvoi tersebut kemudian berpecah kepada dua kumpulan bagi mengelakkan kesesakan di jalan dan mangsa yang berada di kumpulan belakang tiba-tiba hilang kawalan ketika motosikalnya menuruni kawasan bonggol dan terjatuh.

motor RXZ jururawat maut

Tambah saksi, suami mangsa yang turut serta dalam konvoi berkenaan berada di hadapan dengan jarak hanya 30 meter daripada lokasi nahas tersebut.

Malah, ketika video TikTok itu dirakam, kumpulan tersebut sedang menghubungi suami mangsa untuk memaklumkan keadaan isterinya.

Perkongsian terakhir arwah di media sosial

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan serius di kepala. Lebih memilukan apabila tular hantaran terakhir mangsa di media sosial.

Berdasarkan hantaran itu, Roslinawati berkongsi situasi ketika berhenti rehat bersama peserta konvoi lain, di mana dia dilihat duduk di tepi longkang.

konvoi RXZ jururawat maut

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-14 15:57:51

Lelaki Maut Ditikam Depan Rumah Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek, Baru Kenal Sebulan - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...