Hantaran ‘Selamat Jalan’ Kepada Tun M, Ahli Parlimen Kangar Mohon Maaf Pada Najib

Berita

Hantaran ‘Selamat Jalan’ Kepada Tun M, Ahli Parlimen Kangar Mohon Maaf Pada Najib

Semalam tular di media sosial apabila bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ada memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang berkongsi hantaran berbaur fitnah terhadap dirinya di Facebook.

Amin yang membuat hantaran Facebook dengan kapsyen ‘Selamat Jalan?’ dengan tangkap layar menunjukkan akaun FB Najib Razak berhubung kesihatan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Advertisement

 

Najib yang meminta Ahli Parlimen PKR itu untuk memadam hantaran mengaitkan namanya dengan isu kesihatan Tun M itu dengan menulis “Min (admin), tak nak padam ke? Nak sangat saya saman?” di ruangan kapsyen.

Malah, Najib sempat melampirkan log aktiviti beliau di Facebook yang membuktikan status FB dikongsikan Amin daripada sumber asal iaitu pembantu Mahathir adalah tidak benar.

Namun setelah didesak untuk membuat permohonan maaf kerana berkongsikan hantaran berbaur fitnah terhadap Najib Razak, Amin kemudiannya tampil berbuat demikian.

 

Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit, walaupun berbeza pandangan politik. Justeru saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut. – Noor Amin

Terdahulu, Najib ada meluahkan hasrat untuk menyaman Amin dan pembantu Mahathir yang dikenali sebagai Adam Mukhriz sekiranya mereka tidak memadam hantaran berkenaan dan memohon maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Tun Mahathir Mohamad kini masih lagi di bawah pemantaun rapi IJN setelah beliau dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) IJN pada 22 Januari lalu.

Tun Mahathir stabil
3 years ago

"Tun Mahathir Kini Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan" - Marina Mahathir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...