Hantaran Puteri Sarah Tentang Anak-Anak Undang Sebak – “Satu Hari Nanti Saya Mahu Mereka Kata…”

Hiburan

Hantaran Puteri Sarah Tentang Anak-Anak Undang Sebak – “Satu Hari Nanti Saya Mahu Mereka Kata…”

Hantaran pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai dua anaknya di laman sosial Threads mencuri perhatian dan membuatkan wanita bergelar ibu berasa sebak.

Menerusi perkongsian di Threads itu, Sarah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah ketika mereka pergi bercuti ke Korea.

Advertisement

Tulis aktres berusia 39 tahun tersebut, dia mahu penat lelah dan keringatnya bekerja mencari rezeki diingati anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Satu hari nanti saya mahu anak saya berkata, ‘Ibu saya seorang yang kuat, dia tak pernah berputus asa walaupun ketika kehidupannya sukar. Semua yang dia lakukan, dia lakukan untuk saya’.

 

View on Threads

 

Hantaran itu meruntun hati dan menerima pelbagai respon terutamanya daripada wanita yang bergelar seorang ibu di mana mereka memuji kekuatan dimiliki Sarah.

Meskipun ujian setiap manusia berbeza, namun rata-ratanya menyifatkan pelakon berkenaan seorang wanita dan ibu yang kental melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya sebelum ini.

komen netizen komen netizen

Dalam pada itu, segelintir individu yakin bahawa Syaikhul dan Sumayyah tidak akan melupakan pengorbanan dan jasa Sarah ketika membesarkan mereka.

InsyaAllah. Mereka anak-anak yang baik tidak akan lupa jasa ibu mereka.

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah liyana
2025-08-31 11:12:34

"Takkan Nak Single Sampai Ke Tua?" - Puteri Sarah Buka Hati Untuk Berkahwin Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...