Hantaran Nikah Isterinya Hanya RM5K, Isteri Macam Ini Hantaran RM20K Pun Boleh

Trending

Hantaran Nikah Isterinya Hanya RM5K, Isteri Macam Ini Hantaran RM20K Pun Boleh

w

Sejak dua tiga hari ini bertebaran di Facebook orang sibuk bersembang pasal hantaran, akan keluarlah pelbagai kisah hantaran dek pengalaman masing-masing. Lepas satu-satu.
Ada yang membuat ukuran hantaran perkahwinan berdasarkan taraf pendidikan dan ada yang membuat ukuran taraf hantaran perkahwinan tahap agama seorang wanita.

Advertisement

Apa yang pasti wanita itu bukan untuk dijual beli, ketahuilah hantaran cuma adat, yang wajib adalah mahar atau mas kawin di mana suatu pemberian daripada suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Jika diikutkan konsep mahar dalam Islam ini maka tidak akan timbullah isu ‘nak jual anak’, isu hantaran melampau tinggi di mana akhirnya akan menyusahkan pasangan pengantin itu sendiri di belakang hari.

Tetapi, jika wanita itu seorang yang hebat agama dan akhlaknya, tidak salah untuk pasangan lelakinya memberi hantaran sebagai penghargaan.

Seorang lelaki bernama Abg Cha telah berkongsikan kisah isterinya yang mempunyai kelebihan agama yang cukup tinggi tetapi mas kahwin RM800 dan hantarannya hanya RM5000.

Jom kita baca apa yang ditulis beliau.

“Aku terima nikah Rabiatul Adawiah binti Mohd Sharif dengan mas kahwin RM800.00 tunai.”

Duit belanja walimah urus RM5,000.00 sahaja.

Alhamdulillah isteri saya:

• Hafal Al-Quran.
• Tamat pengajian alimah.
• Pandai masak.
• Rajin mengemas.
• Taat suami.
• Tidak melawan hanya memberi pandangan.
• Sudah lahirkan 4 cahaya mata.
• Sama-sama usahakan madrasah tahfiz/anak yatim.
• Mempunyai beberapa cawangan Al-Quran.
• Ada rumah sendiri. Ada kenderaan sendiri.
• Mempunyai ratusan pelajar dan sudah ada yang pakar Al-Quran.
• Tahun ini saya umur 33 dan isteri umur 28 tahun.

Cari pasangan(Baik lelaki atau perempuan) yang punyai agama. Dunia akan susuli.
Semoga Allah swt berkati kaum muslimin dan pasangannya.

?#?Nanti? kau belajar madrasah nak makan apa? Nanti duit pun takde nak kahwin, nak beli kereta. Alhamdulillah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...