BBaru-baru ini, pasangan selebriti TikTok Aslam dan Umisya menjadi perhatian apabila penampilan Umisya dikritik oleh segelintir netizen yang mendakwa rupa parasnya tidak menepati standard kecantikan.
Kritikan yang dilemparkan ini mendapat perhatian suaminya, Aslam, yang pantas tampil mempertahankan isterinya menerusi siaran langsung di TikTok.
Dalam sesi tersebut, Aslam menzahirkan rasa kecewa terhadap mereka yang meninggalkan komen negatif terhadap isterinya. Dengan nada tegas namun tenang, Aslam menyifatkan mereka yang mengkritik sebagai tidak yakin dengan diri sendiri.
Buta orang tu. Misya lawa macam mana pulak. Yang komen tu sebenarnya insecure.
Lebih menarik perhatian, Aslam turut mendedahkan jumlah wang hantaran yang dibayar ketika mereka berkahwin iaitu sebanyak RM20,000.
Pendedahan tersebut dibuat apabila salah seorang penonton bertanya tentang nilai hantaran semasa siaran langsung itu berlangsung. Jawapan Aslam disambut baik oleh ramai penonton yang merasakan nilai itu wajar, malah rendah jika dibandingkan dengan keperibadian dan aura positif yang dimiliki oleh Umisya.
@mesyalove0 Hantaran Umisya 20k ??? #umisyamazlan #misya #umisya #masukberandafyp #masukfyp #fyp #mashallah #fanbase #fanpage #aslam #aslambul #slamica #umisyaaslam
? Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Rata-rata netizen memuji tindakan Aslam yang dilihat sangat melindungi dan menghargai isterinya. Ada juga yang berpendapat bahawa komen-komen negatif tersebut lahir daripada rasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan ini.
Menerusi ruangan komen, ramai yang meninggalkan pesanan agar pasangan ini terus kuat dan tidak mempedulikan suara-suara sumbang yang hanya mahu menjatuhkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.