Hantaran terbaru penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram Story telah menjadi tumpuan warga maya terutamanya peminat pelantun lagu Cindai itu.
Dalam hantaran tersebut, Siti Nurhaliza yang mesra disapa sebagai Tok Ti dalam kalangan peminat itu ada memuat naik hantaran mengenai sikap suami terhadap isteri dalam rumah tangga.
Seolah-olah berbaur sedih dan kecewa, hantaran tersebut kemudiannya menjadi ‘perbincangan’ warga maya di aplikasi X.
Kata netizen, adakah Siti Nurhaliza mempunyai masalah rumah tangga sehingga memuat naik status seperti itu? Ada juga yang berharap isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lebih berhati-hati membuat sebarang perkongsian di media sosial kerana boleh menimbulkan spekulasi yang tidak baik dalam kalangan peminat.
Siti Nurhaliza boleh share dkt status ws kot. Then select siapa yg dia nk bce. Kalau post general cmtu takottt. Spekulasi di mana2. Awok tu ct. post doa qunut pon nnti org speculate awak baru belajar subuh. Tibahhh. 🤣
— Lita ❤️🔥 Wooi Yik (@CityLita) February 1, 2024
Sekadar info, penyanyi itu bakal membuat persembahan solo di Konsert Sebuah Epitome : Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac ini.
Konsert tersebut sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi gara-gara tarikhnya yang mendekati bulan suci Ramadan namun tetap diteruskan kerana ia adalah konsert amal untuk penduduk Palestin dan bukannya keuntungan semata-mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.