Penyanyi Aliff Aziz mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu InstaStory dengan kapsyen “Counting my blessings, #thursdate”. Senyuman Aliff dalam foto itu turut mencetuskan tanda tanya netizen lain macam berseri, seolah-olah sedang berbunga hati.
Walaupun Aliff tidak mendedahkan dengan siapa dia keluar pada “thursdate” tersebut, peminat mula membuat spekulasi bahawa penyanyi itu mungkin sedang mengenali seseorang.
Apa pun, rata-rata mendoakan agar Aliff terus bahagia, menemui ketenangan, dan dikelilingi perkara yang baik-baik dalam fasa baharu kehidupannya.
Sekadar info, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sah bercerai talak satu dengan isterinya, Bella Astillah, buat kali kedua pada 13 Jun 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selepas Bella memfailkan permohonan cerai kerana tiada persefahaman dan isu curang berulang.
Perceraian kali ini berlaku selepas mereka pernah bercerai pada 2019 sebelum rujuk semula, dan kini mereka mempunyai dua cahaya mata
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
