Bekas suami kepada pelakon terkenal Erra Fazira, Engku Emran, menarik perhatian warganet selepas berkongsi momen pertemuannya bersama suami baharu selebriti itu dalam satu hantaran di media sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, Emran memuat naik foto memperlihatkan dirinya bersama Erra dan suami baharu aktres berkenaan, Ezwan, ketika mereka berada di lapangan terbang bagi menghantar anak mereka, Engku Aleesya, yang berlepas ke United Kingdom (UK).
Welcome to the family, Mr E. (Selamat datang dalam keluarga kami, Mr. E). Senang sekali akhirnya dapat berjumpa dengan bapa tiri Aleesya.
Dalam perkongsian sama, Emran turut memaklumkan bahawa Aleesya menerima tawaran mengikuti kursus pendek di UK hasil pencapaian akademik yang membanggakan.
Aleesya ditawarkan tempat untuk menghadiri kursus pendek di Oxford United Kingdom selepas grednya yang baik dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Jadi kami bertiga menghantarnya di lapangan terbang pagi semalam.
Perkongsian momen kebersamaan itu mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji kematangan dan hubungan baik antara Emran dan Erra demi kebajikan anak mereka walaupun tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.
Insan hebat. Semuanya untuk kebaikan bersama dan anak. Tindakan yang harus dicontohi.
Untuk rekod, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, dan Erra Fazira mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 sebelum bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 16 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

