Hantar ‘Parcel’ Waktu Tengahari Dianggap Tak Beradab, Pendapat Wanita Ini Menjadi Pertikaian Netizen

Trending

Hantar ‘Parcel’ Waktu Tengahari Dianggap Tak Beradab, Pendapat Wanita Ini Menjadi Pertikaian Netizen

Seiring dengan perkembangan teknologi kini, ramai yang lebih gemar membeli secara atas talian sahaja kerana lebih mudah dan cepat. Selain itu, tak perlu lagi bersesak-sesak di luar untuk membeli barangan ditambah pula dengan keadaan sekarang ini.

Bagi sesetengah orang, kehadiran penghantar barang ini antara insan yang ditunggu-tunggu setiap hari. Tetapi lain pula kisahnya dengan wanita ini di mana dia berpendapat kehadiran mereka pada waktu tengahari adalah sesuatu yang tidak beradab.

Advertisement

Pendapat yang dimuatnaik oleh wanita ini kemudian mencetuskan perdebatan hangat netizen di media sosial. Ramai yang menyangkal pendapat wanita ini yang menganggap tidak wajar pekerja penghantaran datang ke rumah pelanggan pada waktu tengahari.

“Tengah hari dan tengah malam adalah privasi. Dalam Islam, anda tidak dibenarkan datang ke tempat seseorang pada waktu sibuk ini. Harap maklum.”

parcel

Saya biasa menerima bungkusan pada waktu tengah hari dan saya tertanya-tanya mengapa pekerja penghantaran selalu menghantar barang pada tengah hari?

Tidakkah mereka tahu tengah hari adalah waktu persendirian untuk berehat dan tidur siang (qailullah), makan tengah hari,  saat yang selamat bagi wanita untuk menanggalkan tudung dan mandi untuk solat Zuhur dan lain-lain? 

Tambahnya lagi, dia pernah menyuarakan pendapat ini kepada pihak yang berkenaan tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik. Dia juga berasa ianya kurang beradab buat pekerja penghantaran untuk tidak menghantar mesej terlebih dahulu sebelum tiba di rumah pelanggan.

Pendapat netizen

twitter

twitter

Pendapat wanita ini kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merasakan wanita ini tidak faham dengan tugas seorang penghantar barangan dan hanya mementingkan diri sahaja. Ada juga netizen yang memberitahu jika periksa pada tracking number pasti sudah boleh tahu bila parcel akan diterima.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyokong pendapat wanita ini. Menurut mereka, syarikat penghantaran boleh mempertimbangkan cadangan ini untuk memperbaiki perkhidmatan mereka. Setiap pelanggan boleh mengusulkan waktu penghantaran yang sesuai untuk dihantar.

“Iya, memang tugas penghantaran ini berat. Sebenarnya memang molek tak hantar waktu sibuk tengahari. Sibuk makan, solat dan rehat.”

Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...