Seiring dengan perkembangan teknologi kini, ramai yang lebih gemar membeli secara atas talian sahaja kerana lebih mudah dan cepat. Selain itu, tak perlu lagi bersesak-sesak di luar untuk membeli barangan ditambah pula dengan keadaan sekarang ini.
Bagi sesetengah orang, kehadiran penghantar barang ini antara insan yang ditunggu-tunggu setiap hari. Tetapi lain pula kisahnya dengan wanita ini di mana dia berpendapat kehadiran mereka pada waktu tengahari adalah sesuatu yang tidak beradab.
Pendapat yang dimuatnaik oleh wanita ini kemudian mencetuskan perdebatan hangat netizen di media sosial. Ramai yang menyangkal pendapat wanita ini yang menganggap tidak wajar pekerja penghantaran datang ke rumah pelanggan pada waktu tengahari.
“Tengah hari dan tengah malam adalah privasi. Dalam Islam, anda tidak dibenarkan datang ke tempat seseorang pada waktu sibuk ini. Harap maklum.”
Saya biasa menerima bungkusan pada waktu tengah hari dan saya tertanya-tanya mengapa pekerja penghantaran selalu menghantar barang pada tengah hari?
Tidakkah mereka tahu tengah hari adalah waktu persendirian untuk berehat dan tidur siang (qailullah), makan tengah hari, saat yang selamat bagi wanita untuk menanggalkan tudung dan mandi untuk solat Zuhur dan lain-lain?
Tambahnya lagi, dia pernah menyuarakan pendapat ini kepada pihak yang berkenaan tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik. Dia juga berasa ianya kurang beradab buat pekerja penghantaran untuk tidak menghantar mesej terlebih dahulu sebelum tiba di rumah pelanggan.
Pendapat netizen
Pendapat wanita ini kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merasakan wanita ini tidak faham dengan tugas seorang penghantar barangan dan hanya mementingkan diri sahaja. Ada juga netizen yang memberitahu jika periksa pada tracking number pasti sudah boleh tahu bila parcel akan diterima.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyokong pendapat wanita ini. Menurut mereka, syarikat penghantaran boleh mempertimbangkan cadangan ini untuk memperbaiki perkhidmatan mereka. Setiap pelanggan boleh mengusulkan waktu penghantaran yang sesuai untuk dihantar.
“Iya, memang tugas penghantaran ini berat. Sebenarnya memang molek tak hantar waktu sibuk tengahari. Sibuk makan, solat dan rehat.”
Apa pendapat anda?