Hantar Kereta Tapi Tersadai Berbulan-Bulan, ‘YouTuber’ Bongkar Bengkel ‘Scam’ Pelanggan

Kehidupan

Hantar Kereta Tapi Tersadai Berbulan-Bulan, ‘YouTuber’ Bongkar Bengkel ‘Scam’ Pelanggan

Niat nak tolong Melayu, tapi Melayu makan Melayu. Itulah yang terjadi kepada seorang YouTuber yang dikenali sebagai Syakir Mesman apabila niatnya untuk menukar enjin kereta tidak kesampaian kerana ditipu oleh pemilik bengkel.

Menerusi video yang dimuat naik, difahamkan kereta jenama Perodua Kancil milik Syakir tersadai selama beberapa bulan walaupun mekanik kedai tersebut menjanjikan proses untuk menukar enjin hanya memakan masa beberapa minggu.

Advertisement

Mekanik itu turut dapat dilihat mengendahkan mesej daripada Syakir dan tidak mengemas kini kerja berkaitan keadaan kereta yang dihantar.

Dalam pada itu, mekanik berkenaan turut mengelak untuk berhadapan dengan Syakir dan memberikan pelbagai alasan apabila ditanyakan tentang kondisi kereta.

Menjengah ke ruangan komen YouTube, rata-rata netizen menyokong tindakan Syakir dan ada juga yang berkongsi pengalaman menghantar kereta di bengkel yang sama.

Walau bagaimanapun, kemas kini daripada Syakir memberitahu bahawa kes itu telah pun dilaporkan kepada pihak polis dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sekadar info, kejadian dikatakan berlaku pada tahun 2021 dan telah dimuat naik baru-baru ini bagi memberi kesedaran supaya pengguna di luar sana dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2 years ago

"Kau Jangan Main-Main Dengan Aku Tau!" - Teruja Nak Bercuti Sekali Kena 'Scam', Norreen 'Sembur' Agen Di Hatyai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...