Bertindak memberi amaran terhadap segelintir pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab yang berani mengganggu tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, pengacara Nabil Mahir tampil bersuara berkenaan hal tersbeut di laman Instagram.
Menurutnya, Ayda diganggu oleh perkara yang tidak senonoh menerusi ruangan mesej di laman tersebut.
Katanya, berhenti memperbodohkan diri kerana perkara tersebut langsung tidak mendatangkan apa-apa hasil.
“Yang pedang tu untuk you guys yang batang gatal tak abis-abis nak DM benda tak senonoh kat my fiancée. Grow up and stop memperbodohkan diri.”
Ujar Nabil yang memuat naik fotonya memegang replika pedang samurai, individu tidak bertanggungjawab tersebut masih tidak serik mengganggu bakal isterinya biarpun akaun telah disekat.
“Banyak sangat masa korang siap buat account baru bila kene block. Korang tau kan kalau kitorang make official report, korang boleh kene trace? Warning have been made.”
Kisah cinta Nabil dan Ayda sehingga kini masih tidak lekang menjadi bualan hangat netizen. Malah ada yang seakan tidak senang melihat keakraban pasangan ini kerana sering memuat naik video manis bersama di media sosial.
Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.
Malah, kedua-dua mereka difahamkan telah selamat melangsungkan pertunangan pada 28 April lalu bersempena sambutan hari lahir Nabil yang ke-32. Namun tarikh perkahwinan mereka masih belum diumumkan kepada semua.